Artikel Pilihan

FERRARI 512S MODULO – FERRARI PALING PELIK PERNAH DIHASILKAN (+VIDEO)

Satu masalah juga bile menjadi sebuah syarikat pengeluar kereta terkenal. Setelah mengeluarkan pelbagai model kereta lumba, akhirnya mereka mendapati yang mereka mempunyai timbunan stok alat ganti yang berlebihan. Apa nak buat? Takkan nak jual kat besi buruk sebab ini alat ganti Ferrari.

Jawapannya tentulah berikannya kepada kawan baik anda agar mereka boleh menghasilkan sebuah model konsep futuristik ala kapal angkasa dengannya. Sekurang-kurangnya itulah yang dilakukan Ferrari pada awal tahun 70-an dulu.ISUZU

Hasilnya lahirlah Ferrari 512S Modulo Concept. Memang benar ia merupakan sebuah Ferrari walaupun ia kelihatan seperti datang dari angkasa lepas. Ia juga bukannya sebuah model props filem. Bagi korang yang pernah main kad Top Trump masa budak-budak dulu mungkin dah biasa tengok tapi kalau korang budak wicet yang masih main ‘gula-gula hancur’ memang kami tak dapat nak tolong.

Walaupun ia sebuah konsep tapi ia sedikit berbeza kerana menggunakan enjin Ferrari sebenar dan juga berfungsi sebagai sebuah jentera lumba. Ia menggunakan enjin yang sama yang digunakan oleh Ferrari 512 dan bersaing dengan Porsche 917 dalam perlumbaan Le Mans. Ia merupakan enjin 5.0-liter V12 yang kemudian dinaiktaraf menjadi 512S dan 512M.

Kemudian masalah yang melucukan timbul bila mereka menghasilkan terlebih banyak 512S. Sebanyak 25 buah dihasilkan dan gagal dijual. Mereka kemudian memberikan unit ke 23 kepada syarikat rekabentuk terkenal Pininfarina dan memberitahu pereka Paolo Martin agar menghasilkan sesuatu yang ekstrim.

Si Paolo apa lagi, terus ‘dikerjakan’ model konsep ini sambil merekabentuk papan pemuka untuk Rolls-Royce Camargue yang sebenarnya tak ada sangkut paut pun dengan kereta ni. Tapi mungkin ilham untuk Modulo ini timbul sambil beliau membuat lakaran papan pemuka tersebut.

BACA: ISUZU 4200R – MODEL KONSEP ISUZU YANG TELAH MENGHILANG

512S Modulo merupakan sebuah konsep dengan enjin di tengah sama seperti kebanyakan Ferrari dengan dua tempat duduk seperti sebuah supercar dan menggunakan casis dan enjin yang diambil daripada Ferrari 512S. Ia diperkenalkan buat pertama kalinya di Geneva Motor Show 1970 dengan berwarna hitam. Kemudian ia diwarnakan kembali dengan warna putih untuk efek lebih futuristik.

 

 

Sama seperti kembar model perlumbaannya, 512S Modulo mampu menghasilkan 550 bhp kuasa dan mempunyai kelegaan bumi yang cukup rendah. Semua rodanya ditutup dengan panel badan yang menyebabkan tayar depannya agak sudah untuk diputarkan ke kiri dan ke kanan. Bijak jugak kan? Mungkin tidak mustahil dilakukan di litar tapi di atas jalan raya biasa?

Keunikan kereta ini terletak pada rekaannya yang menyerupai kapal angkasa dan mengundang pelbagai kritikan sejak diperkenalkan. Tapi semua itu bukannya satu masalah buat Modulo. Kalau tak takkanlah kereta ini pernah memenangi 22 anugerah. Ia juga muncul di beberapa lagi siri autoshow pada tahun tersebut antaranya ialah Osaka dan Turin.

Mungkin ciri paling menarik kereta ini terletak pada kanopi kaca yang boleh ditolak ke depan sepenuhnya untuk memudahkan pemandu dan penumpang keluar masuk. Tempat duduknya memang pelik tapi nampak cukup selesa berbanding dengan supercar lain. Memang ia kelihatan tidaklah canggih mana dengan teknologi sekarang tapi perlu diingat yang kereta ini dihasilkan pada tahun 70-an.

Roda sterengnya memang unik habis dan kedudukan tombol gearnya memang menyerupai ciri kereta lumba sebenar.

Adakah ia dihasilkan untuk pengeluaran sebenar? Tidak kerana cuma satu unit Modulo sahaja pernah dihasilkan dan itupun disebabkan mereka mempunyai lambakan alat ganti 512S dan sebuah casis. Kalau pun ia dihasilkan rasanya rupa parasnya akan diubahsuai agar tidak kelihatan begitu ekstrim seperti ini.

Google ads
Back to top button