Buletin

MAAF, TIADA ENJIN DIESEL UNTUK VOLVO S60 BAHARU – REVOLUSI BERMULA!

Volvo nampaknya semakin hari semakin laju berlari. Volvo sekarang ini hendak berada di hadapan pemain lain dan menariknya dengan cara yang tersendiri. Sebagai contoh Volvo S60 yang bakal dilancarkan beberapa bulan lagi bakal menjadi Volvo pertama yang dipasarkan tanpa pilihan enjin diesel.

Volvo mahu merealisasikan teknologi masa depan dan dengan itu kesemua model baharu yang dilancarkan pada tahun 2019 hanya akan dilengkapi nadi kuasa mesra alam seperti mild petrol hybrid, plug-in petrol hybrid atau elektrik bateri.

Rancangan ini bukan baharu malah telah dinyatakan pada bulan Julai 2017 lagi.

Itu hanya sebahagian sahaja daripada cita-cita Volvo. Pada bulan lalu di China, Volvo memberi maklum bahawa menjelang 2025, mereka mensasarkan untuk menjual sehingga 50 peratus kenderaan dengan teknologi elektrik sepenuhnya.

Volvo S60 yang bakal dilancarkan beberapa bulan lagi adalah kereta sedan premium sport dibina berasaskan pelantar Scalable Product Architecture (SPA) yang terlebih dahulu digunakan pada siri model 90 dan 60.

Menariknya, famili siri 60 seperti XC60 dan V60 dilancarkan dahulu sebelum disusuli sedan S60 beberapa bulan lagi.

Tawaran peringkat awal ialah, S60 bakal ditawarkan dengan enjin Drive-E petrol empat silinder dan dua varian petrol plug-in hybrid.  

Selain tiada penawaran enjin diesel, penjualan S60 ini juga memberi indikator penting bahawa Volvo masih lagi percaya dengan kereta sedan di celah-celah hebatnya program SUV di seluruh dunia.

BACA: VOLVO XC40 LAKU KERAS – KALAHKAN AUDI, BMW, MERC DAN RANGE ROVER

BACA: GEELY LANCAR KERETA PERTAMA DENGAN ENJIN VOLVO PLUG-IN HYBRID 3 SILINDER

Volvo S90
Google ads
Back to top button