
MALANG SUNGGUH NASIB KAPAL PERANG VENEZUELA INI
Pada 30 Mac 2020, sebuah kapal pelayaran yang didaftarkan di Jerman iaitu RCGS Resolute telah menerima ancaman dan tindakan agresif daripada kapal perang Venezuela. Sepatutnya tindakan agresif ini boleh sahaja dimenangi oleh kapal perang Venezuela, namun perkaran sebaliknya yang berlaku.
Kapal RCGS Resolute yang didaftarkan di Jerman ini dimili oleh One Ocean Expidition belayar di perairan antarabangsa tapi ketika itu kapal tersebut mengalami masalah teknikal di bahagian enjin dan hanyut tanpa arah. Perkara ini disedari oleh kapal ANBV Naiguatá dari angkatan laut Venezuela dan memintas kapal pelayaran ini
Kejadian ini berlaku sehari selepas pemilik kapal One Ocean Expeditions menfailkan bankrap dan isu ini disedari oleh Kapten Granadillo Medina, pegawai tertinggi ANBV Naiguatá dan mendapati kapal pelayaran RCGS Resolute berada hampir dengan sempadan laut Venezuela
Kapten Granadillo Medina menghubungi RCGS Resolute meminta untuk menaiki kapal pelayaran dan melakukan pemeriksaan keselamatan dan permintaan ini telah ditolak memandangkan kapal RCGS Resolute berada di perairan antarabangsa, selain telah lewat dan perlu tiba di pelabuhan Curaco secepat mungkin
Tidak berpuas hati, Kapten Granadillo Medina meminta RCGS Resolute belayar ke pelabuhan Puerto Moreno, namun sekali lagi RCGS Resolute menolak permintaan tersebut. ANBV Naiguatá telah memberikan tambakan amaran, meminta RCGS Resolute memenuhi tuntutan mereka

RCGS Resolute mendakwa ANBV Naiguatá belayar terus ke arah mereka dan merempuh kapal pelayaran ini pada sudut 135 darjah dalam usaha memesongkan laluan RCGS Resolute ke arah perairan Venezuela dan ke arah pelabuhan Puerto Moreno
Malangnya taktik ini tidak berkesan, RCGS Resolute tidak rosak dan boleh belayar seperti biasa. Sebaliknya ANBV Naiguatá mengalami kerosakan teruk, air laut mula melimpah masuk dan kapal ini karam di laut
Apa yang Kapten Granadillo Medina tidak tahu ialah RCGS Resolute adalah kapal pelayaran khas ke kutub utara atau selatan dimana kapal ini perlu melalui laut berais dengan merempuh bongkah ais. Badan kapal (hull) telah diperkukuhkan atas tujuan tersebut dan rempuhan dari ANBV Naiguatá tidak menyebabkan kerosakan
RCGS Resolute menghubungi Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC), melaporkan kejadian tersebut dan bersedia untuk menghulurkan bantuan. Namun selepas sejam menunggu RCGS Resolute telah diberitahu oleh MRCC bahawa semua 44 anak kapal ANBV Naiguatá akan diselamatkan oleh kapal perang Venezuela yang lain



