Buletin

MALAYSIA PERLUKAN LEBIH BANYAK STESEN PENGECAS ELEKTRIK

Sama ada kita suka atau tidak, kenderaan berkuasa elektrik semakin diterima di pasaran dunia dan Malaysia tidak terkecuali dalam penerimaan masyarakat pada kenderaan elektrik ini. Sehingga bulan Mac 2019, sebanyak 5403 unit kereta elektrik telah didaftarkan untuk kegunaan di jalan raya.

Antara model kereta elektrik yang boleh dibeli sekrang adalah Nissan Leaf EV (RM 188,888), BMW i3s (RM 278,800), dan juga Mini Electric (RM 218,000) Namun salah satu cabaran dalam pengguna kereta elektrik ialah untuk mencari pusat pengecasan elektrik bagi mengecas kereta elektrik apabila kehabisan tenaga.

Salah satu cara yang paling mudah ialah dengan memasang poin pengecasan elektrik di rumah tapi harganya tidaklah semurah yang disangkakan. Namun adalah lebih lebik memiliki unit pengecasan elektrik sendiri dimana pemilik boleh mengecas kenderaan elektrik mereka semalaman sebelum menggunakannya semula

Cabaran mula timbul jika pemilik kenderaan elekrtik mahu memandu jarak jauh sebagai contoh dari Johor Bharu ke Pulau Pinang. Mengikut data yang diberikan oleh laman sesawang INI, Malaysia setakat ini memiliki 396 lokasi pengecasan kenderaan elektrik dan semua lokasi ini menawarkan 444 sambungan wayar pengecas.

Berbalik pada soalan di atas, ya anda boleh memandu dengan kereta elektrik dari Johor ke Pulau Pinang malah boleh lajak ke Alor Star dengan menggunakan kereta elektrik anda. Ini kerana terdapat 17 pusat pengecasan di Johor, Melaka 7 lokasi, Negeri Sembilan 6 lokasi, Selangor 87 lokasi, Perak 7 lokasi, Penang 6 lokasi dan Kedah 10 lokasi.

Secara teori anda boleh pandu kereta elektrik anda dari Johor, dan proses pengecasan boleh dibuat di mana-mana lokasi yang dinyatakan di atas. Namun jika anda mahu memulakan perjalanan dari Johor ke Kuantan, Kuala Terengganu dan berakhir di Kota Bharu mungkin anda boleh lupakan hasrat tersebut melainkan anda memandu EV dengan Range Extender

Hanya ada 5 pusat mengecas di Pahang dan tiada langsung pusat mengecas di Terengganu dan Kelantan. Malah Sabah juga tidak memiliki pusat pengecasan kenderaan elektrik. Jadi bagi meningkatkan kebolehpasaran kereta elektrik di Malaysia selain menawarkan lebioh banyak model dan insentif, kami sangat berharap pihak berkuasa menawarkan lebih banyak pusat mengecas kereta elektrik

Mungkin satu hari nanti stesen minyak akan menawarkan lebih banyak poin pengecasan elektrik ataupun ada syarikat tempatan yang berupaya menawarkan proses penukaran bateri di stesen elektrik bagi menjimatkan masa pengecasan.

Google ads
Back to top button