BuletinMotosikal

MARC MARQUEZ AKUI BELIAU TIDAK BERMINAT KE PASUKAN YAMAHA

Marc Marquez dalam satu sesi “live” dalam laman instagram hari ini telah membuka ruang bagi peminat bertanyakan apa sahaja soalan – sebagai hadiah beliau untuk sambutan Hari Krismas.

Beliau ditanya dengan pelbagai soalan, sudah tentu beliau hanya menjawab soalan yang berkaitan sahaja. Walaupun masih dalam rawatan akibat insiden lepas, Marquez seperti biasa kelihatan ceria melayan peminatnya.

Antara soalan yang menarik ialah berhubung masa hadapan beliau. Adakah beliau berhasrat untuk berpindah ke pasukan lain? Yamaha misalnya? kerana kontraknya dengan Honda akan berakhir dua tahun lagi.

Marc Marquez menjawab dengan sangat pasti bahawa beliau sangat gembira bersama pasukan Repsol-Honda.

“Saya gembira bersama Honda. Saya tak mahu ke Yamaha. Buat masa sekarang, saya tak akan berpindah kem. Tahun lepas, ramai yang berkata saya akan berpindah, tapi saya masih setia dan gembira dengan Honda”

Peminat dari Malaysia juga bertanyakan tentang pandangan beliau tentang Hafizh Syahrin.

“Beliau berlumba dengan baik. Di pusingan Malaysia, beliau (Hafizh) bermula di petak belakang, tetapi berjaya habiskan di tempat 10 terbaik. Menakjubkan. Saya juga biasa lihat dia waktu sesi ujian. Saya rasa dia boleh menjadi pelumba yang pantas dalam MotoGP.

Google ads
Back to top button