Buletin

HONDA S660 TRAD LEATHER EDITION – RM85,600 SEUNIT, DI JEPUN SAHAJA

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, roadster kompak Honda S660 sentiasa mendapat perhatian peminatnya dari seluruh dunia.

Kali ini, Honda sekali lagi membuatkan kita menelan air liur apabila melancarkan S660 Trad Leather Edition yang akan mula dijual pada 21 Disember depan, khas untuk pasaran Jepun.

Jentera itu juga dijangka melakukan debut pada acara Tokyo Auto Salon bulan depan. Seperti namanya, ia dilengkapi kemasan kulit berwarna coklat dan hitam pada tempat duduk, stereng, papan pemuka dan penutup panel instrumen.

Bahagian konsol tengah dilekatkan dengan logo “Trad Leather” untuk menunjukkan ia bukanlah model S660 biasa.

Kemasan kulit berwarna turut digunakan pada bumbung. Nampak cukup sepadan dengan warna hijau British Green. Selain hijau, Honda menawarkan dua warna lain untuk S660 Trad Leather Edition iaitu hitam dan putih. Penampilan itu kemudian disempurnakan dengan rim dua tona perak dan hitam.

Varian itu dibezakan lagi dengan sistem City-Brake Active sebagai ciri standard. Rangkaian kuasa bagaimanapun tidak berubah. Jentera itu masih menggunakan enjin tiga selinder bersesaran 0.66cc yang mampu menjana kuasa 63hp dan 104Nm.

Kuasa enjin itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear CVT atau manual enam kelajuan. S660 Trad Leather Edition ditawarkan pada harga 2,275,560 yen (RM85,600) seunit.

Google ads
Back to top button