BuletinMotosikal

MARQUEZ DIPINTAS ALEX RINS DI GARISAN PENAMAT!

Perlumbaan yang dramatik, atau sangat-sangat dramatik apabila Alex Rins berjaya memintas Marc Marquez di penghujung garisan penamat dengan beza masa cuma 0.013 saat.

Marquez yang mendahului perlumbaan dari selekoh pertama, terus menguasai seluruh litar. Beliau hanya dipintas dua kali oleh Alex Rins dari Suzuki Eacstar namun berjaya memintas semula dalam masa beberapa saat sahaja.

Perlumbaan kali ini juga agak berbeza kerana meskipun memimpin perlumbaan sejak dari mula, Marquez diekori rapat oleh Rins dengan sela masa purata kurang 0.5 saat. Biasanya bila di depan, Marquez sukar digugat melainkan di belakangnya ialah Ducati-Dvoizioso.

DOVIZIOSO-QUARTARARO KECUNDANG

Meskipun tewas di tangan Rins, Marquez kini memiliki pebezaan mata yang cukup selesa berbanding Dovizioso yang kecundang pada minit-minit awal perlumbaan.

Ketika pelumba dilepaskan, selekoh pertama menyaksikan Quartararo hilang kawalan dan terbabas, Dovizioso yang mengekori rapat tiada ruang langsung untuk mengelak dan merempuh bahagian sisi kiri pelumba Petronas SRT itu.

Dovi melambung ke udara, tercampak di selekoh dan jentera Ducatinya juga terhempas jauh sehingga terbakar.

PELUMBA KTM BERLANGGAR

Nasib pelumba pasukan KTM Redbull juga agak malang apabila Zacro yang cuba memintas pelumba KTM Tech 3, Oliveira dari sudut luar berlanggar dan menyebabkan kedua-duanya terbabas seterusnya terkeluar dari perlumbaan.

Google ads
Back to top button