BuletinMotosikal

“MARQUEZ TIDAK HORMAT PELUMBA LAIN” – ALEX RINS

Dalam sesi kelayakan MotoGP Brno, republik Czech semalam, berlaku satu insiden kecil yang tidak disedari ramai . Ketegangan antara pelumba Suzuki, Alex Rins dan juara bertahan Marc Marquez berlarutan dan Rins jelas tidak berpuashati dengan tindakan pelumba Honda itu.

Ketika sesi kualifikasi semalam, Rins dan Marquez dilihat memintas secara dekat sebelum masuk ke bahagian pit dan kelihatan “menghimpit” sesama sendiri sebelum masuk ke pitstop masing-masing.

Marquez kemudian berhenti menggantikan tayar slick dan kembali ke trek.

“Ia tindakan yang tidak bagus sebab Marc sekarang memang berada di depan semua orang. Dia pasangkan tayar slick dan dia memang sangat laju. Tapi saya fikir dia tidak hormat pelumba lain,” Ujar Rins.

“Pada selekoh ke-5 dia buka laluan agak lebar dan saya berada di belakangnya bersama Miller. Bila dia ambil selekoh melebar, dia toleh ke belakang dan nampak saya dan Miller.

“Jack pintas dia tapi dia tiba-tiba menutup laluan dan mengganggu saya. Saya terus ikut di belakang. Saya tak mampu lebih laju darinya tapi saya cuba cari ruang di belakangnya.

“Di selekoh kiri berikutnya, saya cuba cari ruang. Marquez masuk wide lagi sekali dan saya cuba masuk ke ruang tersebut. Kami tersentuh tapi saya rasa itu memang salah beliau. Jika beliau perlahan, dia mesti buka ruang. Itu adalah asasnya.

“Tapi di selekoh terakhir, dia membrek sangat kuat untuk pintas saya. Kemudian kami kembali ke pit, saya di hadapan dan dia tak ada ruang pun. Kalau saya di posisi tu, saya akan lepaskan pendikit…”

View image on Twitter

Bercakap mengenai insiden tersebut, Marquez memberitahu beliau tidak nampak Rins di belakang Miller.

“Saya ambil selekoh wide pada turn 5, Jack potong saya sebab saya periksa di belakang saya dan cuma nampak dia (Jack Miller). Kemudian, saya cuba mengekori Jack sebab dia ada pace yang baik. Kemudian saya terambil selekoh lebar lagi sekali. Ada sedikit ruang dan cukup untuk Rins memintas saya,” Ujar pelumba Repsol Honda itu.

“Yang kelakarnya, waktu saya nak nak masuk ke pit, saya tak ada ruang sebab Rins telah mengambil posisi tu. Tak pasti samada dia sengaa atau tidak tapi bagi saya itu tak penting pun. Ia tak beri kesan pada sesi kelayakan.”

Apabila Rins memberitahu bahawa beliau tidak menghormati pelumba lain, Marc menjawab;

“Sudah tentu, saya tak bersetuju dengan pendapat dia”

Dalam komen terdahulu, Rins memberitahu;

“Ini bukan kali pertama, Semua orang tahu Marquez adalah pelumba berbakat. Tapi apa yang berlaku hari ini dengan VInales di FP1 juga hampir sama.

“Marc suka ‘bermain-main’ dan cuba untuk berada di hadapan semua orang. Tapi dalam kes saya, saya cuba bertenang. Saya hanya bagitahu kebenarannya, itu sahaja.

Ditanya adakah beliau bakal menggugat Marquez Rins menambah; “TIdak. saya tak rasa begitu…Saya memang akan merebut kejuaraan dunia bersama beliau, saya akan lakukan sesuatu tapi dia 80 mata di hadapan – mungkin beliau takut, saya tak tahu”

Tags
Google ads
Back to top button