Motosikal

YAMAHA Y16ZR EDISI MOTOGP DIDEDAHKAN DI HLYM 

Baru-baru ini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah meraikan ketibaan dua pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo dan Alex Rins. 

Kemunculan kedua-dua tonggak pasukan ‘factory’ MotoGP itu adalah sempena ujian rasmi Sepang Winter Test yang akan berlangsung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 

Menariknya, selain kedatangan mereka diraikan peminat dan pemilik motosikal Yamaha, kedua-duanya turut dipersembahkan dengan motosikal Yamaha Y16ZR edisi MotoGP. 

Motosikal berkenaan hadir dengan livery dan grafik Monster Energy Yamaha serta nombor perlumbaan #42 dan #20 masing-masing mewakili Rins dan Quartararo. 

Sebelum anda bertanya soal harga, perlu kami jelaskan bahawa Y16ZR dengan livery MotoGP ini bukan untuk dijual sebaliknya sekadar meraikan ekdua-dua pelumba tersebut. 

Bagaimanapun, kami mengharapkan HLYM akan menawarkan livery tersebut pada masa akan datang seperti mana yang ditawarkan sebelum ini yang melibatkan Y15ZR dan R15. 

Google ads
Back to top button