MARTIN SESKS MASIH LAGI BERUNDING BERSAMA M-SPORT FORD UNTUK KE KELAS WRC MUSIM HADAPAN
Bintang rali Latvia, Martin Sesks yang berjaya mencipta sensasi dalam perlumbaan kelas utama FIA World Rally Championship musim ini masih lagi sedang berunding berkemungkinan untuk memandu bersama pasukan M-Sport Ford untuk jentera Ford Puma Rally1 musim hadapan.
Bintang muda berusia 25 tahun itu yang mendapat peluang untuk memandu jentera Ford Puma Rally1 sebanyak tiga kali musim ini berjaya mempamerkan pemanduan yang cemerlang terutamanya ketika beraksi di bumi sendiri Latvia dan hampir mendapatkan podium.
Selain daripada beraksi di Latvia, Martin Sesks turut beraksi dua lagi lokasi di Poland dan Chile walau pun tanpa memandu jentera berspesifikasi penuh (tanpa hibrid).
Prinsipal Pasukan M-Sport Ford, Richard Millener secara konsisten merasa kagum dengan prestasi yang dipamerkan oleh Martin Sesks berminat unutk meneruskan hubungan yang sedia terjalin musim ini. Pemandu Latvia tersebut turut hadir ke perlumbaan Central European Rally bulan bagi melanjutkan sesi perbincangan bagi musim hadapan.
Menurut Richard Millener lagi, beliau dan pasukan M-Sport Ford sememangnya menginginkan khidmat Martin Sesks pada musim hadapan dan sememangnya nama Martin Sesks ini berada dalam senarai pendek untuk barisan pemandu mereka.
Sementara itu, prestasi pasukan M-Sport Ford dan jentera Ford Puma Rally1 musim ini dilihat lebih berbanding musim sebelumnya terutamanya membabitkan pemandu Andrien Fourmaux.
Pemandu Perancis berusia 29 tahun itu berjaya mempamerkan aksi dan keputusan yang cukup memberangsangkan apabila berjaya menduduki podium ketiga empat kali di Rally Sweden, Safari Rally Kenya, Rally Poland dan juga Rally Finland. Malah beliau juga berjaya memenangi Power Wolf Stage buat pertama kali musim ini di Croatia Rally.
Dengan prestasi yang dipamerkan, semestinya Adrien Fourmaux menjadi pilihan utama untuk dikekalkan bersama pasukan M-Sport Ford. Tapi telah kedengaran juga cakap – cakap bahawa pasukan Hyundai Motorsport juga sedang mengintai khidmatnya bagi musim hadapan.
Selepas tamatnya FORUM8 Rally Japan mungkin barulah boleh disahkan kedudukan kerusi pemandu untuk pasukan yang beraksi bagi musim WRC 2025.
BACA : MARTIN SESKS AKAN KEMBALI BERAKSI BERSAMA JENTERA RALLY1 DI CHILE
BACA : JENTERA MARTIN SESKS BERSAMA FORD PUMA RALLY1 DIDEDAHKAN