MARTIN SESKS AKAN KEMBALI BERAKSI BERSAMA JENTERA RALLY1 DI CHILE
Bintang sensasi dari Latvia, Martin Sesks akan kembali beraksi dalam kelas tertinggi FIA World Rally Championship (WRC) di Rally Chile Bio Bío, terima kasih kepada sokongan berterusan daripada WRC Promoter dan juga penaja peribadi beliau.
Pemandu yang berusia 24 tahun itu akan sekali lagi memandu jentera Ford Puma Rally1 bukan hibrid selepas mempamerkan pemanduan yang handal ketika beraksi di ORLEN 80th Rally Poland dan juga Tet Rally Latvia. Perlumbaan WRC di Amerika Selatan, Rally Chile Bio Bío, akan berpusat di Bio Bio pada 26 hingga 29 September nanti.
Martin Sesks membuat penampilan pertama di kelas teratas WRC yang cukup menakjubkan ketika di Poland, yang mana beliau berjaya mencatatkan beberapa kali tiga tempat teratas ketika SS dan berjaya menduduki tempat kelima keseluruhan dengan cemerlang.
Momentum tersebut berterusan ketika perlumbaan rali di kawasan sendiri Latvia di mana Martin Sesks memandu jentera Ford Puma Rally1 berspesifikasi penuh berkuasa hibrid dengan berjaya meraih dua kemenangan peringkat. Keputusan podium yang sepatutnya diraih dinafikan akibat kegagalan mekanikal terhadap jentera yang dipandunya.
Menyedari potensi besar yang dimiliki, Promoter WRC telah mengesahkan komitmennya terhadap kerjaya Martin Sesks, meneruskan sokongan terhadap prestasi cemerlangnya di Poland dan Latvia. Sokongan ini sejajar dengan strategi WRC Promoter yang lebih luas untuk meluaskan peluang dalam sukan ini seperti yang ditunjukkan baru-baru ini, sokongannya terhadap Sami Pajari dan Enni Mälkönen, yang membuat debut memandu Toyota GR Yaris Rally1 di Secto Rally Finland.
“Kami sangat teruja untuk melihat Mārtiņš Sesks kembali ke kategori Rally1 dan berbangga untuk terus menyokong bakat muda yang mempunyai masa depan yang cerah,” menurut Peter Thul, Pengarah Kanan Sukan Promoter WRC. “Mārtiņš telah menunjukkan kepantasan dan keazaman yang luar biasa di Poland dan Latvia, dan kami percaya masa depannya di WRC adalah sangat cerah. Menyokong generasi akan datang adalah penting untuk pertumbuhan dan keterujaan yang berterusan WRC, dan komitmen kami untuk memupuk bakat muda kekal lebih kuat berbanding sebelum ini.”
Dan orang yang turut bergembira sudah tentu juga Prinsipal Pasukan M-Sport Ford Rich Millener dan juga Pengarah Urusan Malcolm Wilson OBE kerana dapat menyokong anak muda untuk mempamerkan apa yang Martin Sesks ada dan juga sekali gus jentera Ford Puma Rally1 bukan hibrid ini sekali lagi.
BACA : JENTERA MARTIN SESKS BERSAMA FORD PUMA RALLY1 DIDEDAHKAN
BACA : TET RALLY LATVIA – APA YANG MENARIK TENTANGNYA? MARTIN SESKS ADA PELUANG UNTUK MENANG KAH?