Motosikal

MAS2024: HONDA ADV 350, XL750 TRANSALP, NX500 DAN 750 HORNET DILANCARKAN – DARI RM33,999

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Boon Siew Honda dengan rasminya melancarkan empat model baharu untuk pasaran tempatan menerusi Honda ADV 350, NX500, Hornet dan XL750 Transalp. 

Honda XL750 Transalp

Selepas lebih setahun dilancarkan di pasaran global, akhirnya Honda XL750 Transalp di pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM56,800. 

Honda XL750 Transalp ini dikuasakan enjin parallel-twin 750cc serba baharu yang dibangunkan Honda dan menawarkan 90hp dan 75Nm.  Angka kuasa itu secara tidak langsung meletakkan Transalp di antara Tenere 700 (74hp) dan 890 Adventure (105hp). 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, XL750 Transalp mengguna pakai konfigurasi ‘270-degree crank’ sekaligus menawarkan aliran kuasa yang mantap pada rev rendah dan bunyi deruman yang baik pada rev tinggi. 

Sistem ride-by-wire telah dikemas kini bagi model ADV ini bagi memastikan prestasi yang lebih baik sewaktu tunggangan jarak jauh (touring). Kuasa disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac ‘slipper’ dengan cakera F.C.C Leaning Segment. 

Honda mendakwa rekaan baharu bagi klac membantu menurunkan ‘drag torque’ sehingga 30 peratus sekaligus memastikan klac boleh ditarik dengan mudah di samping pertukaran gear lebih lancar.

Antara ciri elektronik lain ditawarkan termasuk:

  • Engine Power – empat tahap
  • ABS – dua tahap
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC) – lima tahap
  • wheelie control

HSTC dan ABS juga boleh dinyahaktifkan sekaligus memastikan XL750 Transalp ini sesuai untuk tunggangan lasak (off-road).  Lebih menarik, meskipun memegang enjin yang lebih besar, namun kerangka pada Transalp ini 10 peratus lebih ringan berbanding Honda CB500X. 

Honda ADV 350

Motosikal yang ditunggu-tunggu, Honda ADV 350 akhirnya dilancarkan di Malaysia dengan harga jualan RM33,999. 

ADV 350 ini digerakan enjin 330cc dengan eSP (enhanced Smart Power) yang menjana 29.2hp pada 7,500rpm dan 31.5Nm pada 5,250rpm.

Selain daripada rekaan lampu depan yang diinspirasikan daripada X ADV 750 2021, versi 350cc ini juga mengekalkan ciri yang praktikal untuk kegunaan harian antaranya ruang letak barang bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua helmet ‘full-face’.

ADV 350 ini juga menawarkan fungsi keyless dan penghadang angin boleh laras serta paparan digital LCD yang boleh disambungkan kepada telefon pintar menggunakan Bluetooth.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • fork depan 37mm jenis USD dengan penyerap hentakan berkembar di belakang
  • tayar 120/70-R15 depan
  • tayar 140/70-R14 belakang
  • tangki 11.7L
  • lampu LED penuh

Honda NX500

Honda NX500 merupakan model lebih segar dan pengganti kepada CB500X yang cukup popular sebelum ini.  Bagi pasaran tempatan, NX500 ini ditawarkan pada harga 37,099. 

Walaupun begitu, NX500 masih lagi dikuasakan enjin parallel-twin 471cc DOHC yang sama dengan CB500X dan menawarkan 47hp dan 43Nm pada 6,500rpm. 

Tampil dengan rekaan lebih segar dan moden, NX500 ini turut menampilkan fork jenis USD di depan serta suspensi belakang Prolink yang menawarkan lima peringkat pelarasan pra-beban. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk panel meter TFT 5-inci, HSTC (Honda Selectable Torque Control), ABS dwi-saluran dan tangki 17.5L. 

Honda CB750 Hornet

Honda Hornet 750 dihidupkan enjin parallel-twin 755cc 8-valve dengan penyejukan cecair dan menampilkan sistem Unicam serta ‘270-degree crank’. 

Atas kertas, enjin ini berupaya menjana 92hp pada 9,500rpm dan 75Nm pada 7,250rpm. Kuasa enjin pula disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan yang dibantu klac assist/slipper. 

ementara itu, bahagian suspensi dikendalikan fork depan Showa SFF-BP 41mm yang menawarkan jarak pergerakan 130mm. Bahagian belakang pula tampil dengan ‘monoshock’ dengan swingarm Pro-Link yang menawarkan jarak pergerakan 150mm. 

Brek pula dikawal kaliper berkembar 4-pot Nissin di depan dengan cakera brek 296mm manakala kaliper brek satu piston dengan cakera 240mm mengawal brek belakang. Honda juga memuatkan sistem ABS dwi-saluran sebagai langkah keselamatan ekstra.

Honda Hornet 750 dilengkapi sistem ride-by-wire yang secara tidak langsung menawarkan empat mod menunggang; Standard, Sport, Rain dan User. Selain itu motosikal tersebut juga didatangkan dengan fungsi Honda Selectable Torque Control dan Wheelie Control. Sistem tersebut boleh diakses menerusi skrin TFT 5-inci yang juga boleh disambung kepada peranti Android dan iOS. 

Google ads
Back to top button