
MASALAH TALI PINGGANG RAV4
Toyota Motor Sales, USA, Inc. mengumumkan panggilan semula model hampir 1,124,000 unit Toyota RAV4.
Model berkenaan ialah RAV4 tahun 2006-2012 dan RAV4 EV keluaran 2012-2014. Masalah dihadapi ialah pada bahagian tali pinggang keledar pada kerusi barisan kedua.
Sekiranya berlaku kemalangan, tali pinggang pada bahagian peha yang disambung pada rangka logam kerusi kusyen boleh terpotong dan terbahagi kepada dua.
Jika ini berlaku, tali pinggang keledar tidak dapat menahan penumpang dan boleh meningkatkan risiko kecederaan. Walaupun masih belum ada laporan yang diterima, Toyota mengambil langkah awal dalam menangani masalah itu.
Pemilik yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat. Toyota akan menambah pelindung resin pada rangka logam kusyen kerusi tanpa sebarang caj.









