Peranti

KAMERA PREMIUM FUJIFILM X-Pro2 – RM8,188

FUJIFILM (Malaysia) Sdn. Bhd. hari ini melancarkan kamera lensa boleh ubah premium terbaharunya, FUJIFILM X-Pro2.

FUJIFLIM-X-Pro2-mekanika (9)

Dengan menggabungkan ciri-ciri ini dengan kualiti imej lensa-lensa FUJINON X-Mount dan 80 tahun pengalaman sebagai pengeluar filem fotografi, X-Pro2 dikatakan mampu memberikan hasil terbaik kamera siri-X.

Model terbaharu ini meningkatkan kemampuan Hybrid Viewfinder bagi pengubahan di antara pembidik elektronik dan optikal secara spontan. Bukan itu sahaja, sensor dan pemproses imejnya juga telah dikemas kini, sekali gus meningkatkan kualiti imej secara dramatik.

FUJIFLIM-X-Pro2-mekanika (7)

Saya sempat menguji kamera ini buat seketika. Saya dapati auto focus cukup pantas. Warna imej yang dihasilkan pula natural. Dengan badan yang lebih ringan dan kompak, ia pasti dapat memenuhi keperluan fotografi anda dengan cemerlang.

Pembidik elektronik (EVF) dikatakan lebih baik berbanding pembidik optikal. Ini kerana tetapan imbangan warna dan dedahan dapat diperiksa secara terus. Manakala paparan imej dapat dibesarkan bagi memastikan fokus yang tepat. Namun, dalam beberapa situasi jurugambar lebih gemarkan pandangan yang lebih semula jadi.

FUJIFLIM-X-Pro2-mekanika (11)

Ciri rangefinder optik membolehkan pengguna melihat subjek hampir sama seperti melihat dengan mata kasar. Ia pastinya sangat efektif dan digemari oleh jurugambar dokumentari, berita dan jalanan.

Harus tahu bahawa X-Pro2 merupakan satu-satunya kamera lensa boleh ubah dengan sistem Hybrid Viewfinder yang menggabungkan kedua-dua jenis pembidik.

FUJIFLIM-X-Pro2-mekanika (3)

Antara  ciri utama X-Pro2 yang perlu anda tahu:

  • Sensor CMOS III X-Trans 24.3MP terbaharu

Susunan rawak unik penuras warna mengurangkan ‘moire’ dan kesalahan warna tanpa memerlukan penuras optikal laluan-rendah. Penuras-penuras warna ini turut memberikan kesan kepada peningkatan resolusi, jadi ketika merakam dengan lensa beresolusi tinggi lensa FUJINON, kamera ini menghasilkan resolusi imej seolah-olah lebih hebat daripada jumlah piksel sebenar yang digunakan.

  • Enjin Pemprosesan imej berprestasi tinggi X Processor Pro

Meningkatkan kelajuan pemprosesan sebanyak 4 kali ganda daripada enjin sedia ada. X Processor Pro meningkatkan waktu tindak balas, walaupun resolusi telah ditingkatkan. Kelajuan merekod, masa mula dan rakaman pantas berterusan juga telah ditingkatkan.

Digabungkan dengan sensor CMOS III X-Trans, enjin pemprosesan terbaharu ini mampu mencapai fokus automatik yang lebih pantas, hingar yang rendah serta  kedua-dua tona dan penghasilan warna mendahului EXR Processor II.

FUJIFLIM-X-Pro2-mekanika (1)

  • Advanced Hybrid Multi Viewfinder pertama di dunia menawarkan kedua-dua kelebihan pembidik optikal dan elektronik.

X-Pro2 menampilkan pembidik optikal dan elektronik supaya pengguna boleh memanfaatkan kedua-duanya. Optikal untuk pandangan terus terhadap subjek, elektronik untuk melihat hasil tetapan.

Keupayaan untuk menukar secara serta-merta di antara kedua-dua jenis pembidik pertama kalinya digunakan pada X100 pada tahun 2011. Tetapi versi Hybrid Viewfinder yang terdapat pada X-Pro2 adalah yang tercanggih setakat ini.

Ia menawarkan fungsi Multi-Magnification yang secara automatik menukar magnifikasi pembidik mengikut lensa yang digunakan. Rangefinder Elektronik pula  memaparkan pembidik elektronik di atas pembidik optikal.

  • Pengatup plantar fokal terbaharu berkelajuan tinggi 1/8000 saat dan kelajuan pengatup bagi lampu denyar 1/250 saat.

Pengatup mekanikal memberikan fleksibiliti kepada pemilihan apertur dalam situasi cerah atau ketika merakam di waktu siang. Tahap hingar dan gegaran biasanya  meningkat dengan pengatup berkelajuan tinggi, tetapu X-Pro2 lebih senyap dan kurang bergetar.

FUJIFLIM-X-Pro2-mekanika (6)

  • Badan tahan lasak, kalis cuaca memenuhi keperluan jurugambar profesional.

Rangka kamera yang diperbuat daripada empat kepingan aluminium aloi dan dilitupi pada 61 titik di setiap bahagian, menjadikannya kalis habuk, percikan dan berupaya beroperasi di bawah suhu serendah -10°C. Lebih menarik, ia mempunyai dua slot kad SD bagi penyimpanan imej yang banyak.

FUJIFLIM-X-Pro2-mekanika (12)

Ditawarkan pada harga RM8,188 seunit (badan sahaja), X-Pro2 mungkin bukan semua orang. Tetapi, jika anda mahukan sebuah kamera dengan ciri, kualiti foto  dan reka bentuk premium, X-Pro2 adalah jawapannya!

Google ads
Back to top button