;
Buletin

MAZDA 3 DILANCARKAN SECARA RASMI. BERMULA RM139,620

Model Mazda yang ditunggu-tunggu ramai untuk tahun ini. Kurang setahun selepas debut dunianya di Amerika Syarikat, Mazda 3 tiba di Malaysia bulan lalu dalam sesi preview menerusi model yang dipamerkan di pusat pameran Mazda Glenmarie dan Petaling Jaya dua minggu lalu.

Hari ini, Bermaz Auto Berhad melancarkan Mazda 3 ke pasaran Malaysia secara rasmi. Terdapat lima varian yang ditawarkan iaitu;

  1. Mazda 3 Skyactiv-G 1.5 liftback- RM139,620.00
  2. Mazda 3 Skyactiv-G 1.5 sedan – RM139,620.00
  3. Mazda 3 Skyactiv-G 2.0 sedan high – RM150,059.00
  4. Mazda 3 Skyactiv-G 2.0 liftback high plus – RM160,059.00
  5. Mazda 3 Skyactiv-G 2.0 sedan high plus – RM160,059.00

Terdapat tujuh warna pilihan ditawarkan iaitu Soul Red Crystal, Snowflake White Pearl, Polymetal Grey, Machine Grey, Sonic Silver, Deep Crystal Blue, dan Jet Black.

Model ini juga turut didatangkan dengan ciri-ciri seperti:

  • Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS)
  • Kawalan Lampu Tinggi (HBC)
  • Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Masuk Lorong (LDWS)
  • Sistem Bantuan Pengekalan Lorong (DAA)
  • Sokongan Brek Pintar (SBS)
  • Kawalan Pelayaran Radar Mazda (MRCC)

Selain daripada ciri yang disebutkan, Mazda3 dibina dengan fokus untuk pengguna moden. Ia sebuah kereta yang benar-benar moden berbanding generasi sebelumnya.

  • Hubungan di antara pemandu dan kereta ditingkatkan lagi dengan beberapa penambahbaikan seperti larasan stereng teleskopik yang lebih luas untuk penyesuaian kedudukan pemandu. Larasan ditambah 10mm lebih menjadikan julat perubahan sehingga 70 mm.
  • Lokasi gear dianjak ke hadapan dan lebih tinggi supaya pemandu lebih mudah untuk mengalih tangan dari stereng semasa penukaran gear
  • Bahagian dalam direka mengikut konsep horizontal simetri dan setiap elemen diposisikan supaya menghadap pemandu
  • Konsep less is more adalah evolusi kepada gayaan Kodo dengan reka bentuk ringkas dan minimalis
  • Walaupun ringkas tetapi masih canggih dengan paparan LCD berukuran 8.8 inci yang mengandungi pelbagai fungsi dan maklumat
  • Bahagian dalaman lebih senyap melalui konsep binaan dua dinding iaitu panel badan kereta dan karpet. Kedua-duanya memainkan peranan penting terutama sekali karpet apabila ia bukan sekadar hiasan malah menjadi penebat bunyi yang direka untuk saling melengkapi.
  • Gayaan wajah Mazda terkini iaitu lampu halus atau “sepet” dengan gril besar
  • Model hatchback tampil dengan gayaan menggoda dengan pendekatan baharu dalam bentuk tiang C
  • Pasukan pereka mahukan sebuah model hatchback yang tampil jelas dan solid pada masa sama masih anggun
  • Model sedan pula mengambil semula falsafah kereta penumpang sebelum ini melalui tiga pembahagian iaitu bonet enjin, penumpang dan but dalam masa trend sekarang ialah sedan ala fastback
  • Hasilnya ialah sebuah sedan yang tampak matang, kemas dan elegan
  • Lampu belakang dua silinder adalah pendekatan segar untuk sebuah hatchback massa
  • Reka bentuk lampu minimalis pula adalah evolusi baharu falsafah gayaan Kodo
  • Dua pilihan roda mengikut varian iaitu tayar bersaiz 205/60R16 (untuk versi 1.5) dan 215/45R18 (untuk versi 2.0)
  • Pilihan enjin ialah Skyactiv-G 1.5 liter, transmisi auto enam nisbah kelajuan serta kuasa 114 hp dan daya kilas 150 Nm dan Skyactiv-G 2.0 liter, transmisi auto enam nisbah kelajuan dengan kuasa 162 hp dan daya kilas 210 Nm. 

GALERI

Google ads
Back to top button