Artikel Pilihan

MAZDA CX-3 1.5, DILANCARKAN SENYAP SENYAP DI LAMAN SESAWANG MAZDA MALAYSIA

Mazda dalam diam-diam telah melancarkan satu lagi varian baru bagi model CX-3 iaitu sebuah crossover yang diasaskan dengan menggunakan platform Mazda 2. Jika anda rasa model CX-3 sebelum ini terlalu mahal bagi sebuah crossover kompak, maka ini peluang yang baik untuk anda memiliki CX-3 kerana harga yang ditawarkan cukup munasabah

Mazda CX-3 merupakan unit CBU yang diimport daripada AutoAlliance Thailand di fasiliti pemasangan Mazda di Rayong. Dengan harga RM 107,000bagi varian 1.5G 2WD Core, kami rasakan Mazda CX-3 mampu menarik perhatian pembeli muda yang sukakan crossover yang bergaya dan sedap dipandu.

Selain daripada varian 1.5G 2WD Core, CX-3 turut ditawarkan dalam varian 2.0G 2WD Core dengan harga RM 117,000 dan varian 2.0G 2WD High dengan harga RM 130,200. Berikut ialah perincian spesifikasi Mazda CX-3 1.5G 2WD Core

1. Enjin – menggunakan enjin 1500cc yang menjana 114 kuasa kuda dan 149Nm tork dan digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan automatik. Bagi varian 1.5G, ia hanya menerima ciri shiftronic tanpa ciri penukar gear di belakang stering

Varian 1.5 menggunakan nisbah mampatan 14:1, teknologi VVT bagi membolehkannya beroperasi dalam kitaran Atkinson dan juga sistem suntikan bahan api terus

2. Cesi – varian 1.5G Core dan 2.0G Core masih menerima brek cakera depan & belakang tapi menggunakan rim bersaiz 16 inci yang dibalut dengan tayar bersaiz 215/60. Penggnaan tayar yang tebal membantu mengekalkan jarak kelegaan permukaan jalan 145mm dan berat varian 1.5G hanyalah 1255kg saja.

3. Luaran – varian 1.5G Core dan 2.0 Core menggunakan lampu depan halogen, tiada lampu kabus, tiada ciri auto On/OFF, lampu DRL mentol halogen, lampu belakang mentol halogen, pengelap cermin tanpa sensor, cermin sisi dilipat manual, tiada cermin suria tapi mengekalkan rear spoiler

4. Dalaman – tapi varian 1.5G Core dan 2.0G Core masih menerima ciri moden lain seperti suis penghidup tekan mula, brek parkir elektrik, suis kawalan audio di stering tapi tidak diberikan ciri Head Up Display. Selain itu, suis kawalan penyaman udara juga ditukar kepada suis manual berbanding suis digital pada varian 2.0G High

Kusyen depan juga ditukar kepada ciri manual sahaja dengan 6 cara ubahsuai untuk pemandu dan 4 cara ubahsuai untuk penumpang depan. Balutan kusyen juga menggnakan fabrik berbanding balutan leatherette pada 2.0G High.

5. Sistem multimedia – masih menawarkan paparan sebesar 8 inci, Apple Car Play dan Android Auto menggunakan wayar, 6 pembesar suara, 2 USB Port tapi ciri kamera 360 darjah dan pengecaj tanpa wayar hanya ditawarkan pada 2.0G High.

6. Keselamatan – masih menawarkan ciri yang sama seperti model 2.0High kecuali hanya 2 beg udara sahaja disediakan. Ciri Advanced Safety Technology yang merangkumi High Beam Control, Blind Spot Monitor, RCTA, Lane Departure Warning System, Driver Attention Alert, dan Smart City Brake support hanya ditawarkan pada varian 2.0G High saja.

Anda boleh melihat maklumat lanjut Mazda 1.5G Core 2WD di SINI

Google ads
Back to top button