Buletin

NYALAKAN ROKOK SEBELAH TONG LPG, PENCUCI KERETA DIHUKUM PENJARA. LEBIH 600 KERETA TERBAKAR

Seorang pencuCi kereta telah dipenjarakan di Korea Selatan kerana mencetuskan kebakaran yang memusnahkan ratusan kereta di ruang bawah tanah sebuah blok apartmen.

Lelaki berusia 31 tahun itu dihukuman penjara 18 bulan dan disabitkan bersalah kerana menyalakan rokok di sebelah tong gas petroleum cecair (LPG).

Kebakaran itu menyebabkan kerosakan bernilai AS$3.1 juta (RM14 juta) pada bangunan itu termasuk lebih 600 kereta, selain kira-kira 100 kenderaan Mercedes-Benz dan 70 kereta mewah lain.

Namun lelaki yang dirahsiakan namanya itu hanya mampu membayar AS$72,900 (RM329,000) daripada jumlah kerosakan kerana itu adalah jumlah maksimum yang dilindungi oleh polisi insuransnya.

Tukang cuci kereta tersebut mengakui dia cuba untuk merokok berhampiran silinder gas LPG, tetapi menegaskan ia telah bocor atas sebab yang tidak diketahui. Jadi, dia tidak bertanggungjawab secara langsung terhadap letupan tersebut.

Peguamnya juga berkata bahawa lelaki itu tidak akan menyalakan rokok sekiranya dia menyedari ada kebocoran.

“Dia menyesal kerana menyebabkan kerosakan serius dan kini mungkin perlu menghabiskan seluruh hidupnya untuk membayar kerosakan itu,” kata peguamnya di mahkamah yang merayu untuk meringankan hukuman.

Hakim Kanan mahkamah Seo Jeon-gyo bagaimanapun mendapati lelaki itu perlu bertanggungjawab ke atas kebakaran kerana gagal mengikut arahan ketuanya untuk menutup injap sebelum berpindah ke blok apartmen lain selepas dia menyelesaikan kerja di lokasi berbeza.

“Dia melakukan sesuatu yang mungkin mengakibatkan kehilangan banyak nyawa manusia,” kata hakim.

Google ads
Back to top button