Artikel Pilihan

MAZDA CX-30 DIIKTIRAF SEBAGAI SUV KOMPAK TERBAIK DI AMERIKA

Bagi pasaran Amerika, pengguna di sana yang satu ketika dulu memulakan trend SUV besar kini telah beralih arah kepada SUV kompak yang lebih praktikal. Jenama dan model popular seperti Toyota Corolla Cross dan juga Honda HR-V adalah 2 model paling popular untuk pasaran Amerika bagi segmen SUV Kompak

Namun bagi tahun 2023, SUV Kompak Terbaik tahun 2023 bukanlah dari 2 jenama di atas, sebaliknya Mazda CX-30 2023. Dari segi sejarah jualan, Honda HR-V telah mulai dijual di Amerika 25 tahun yang lepas dan Toyota Corolla Cross pula diperkenalkan pada awal tahun 2022. Tambahan pula kedua dua model ditawarkan dengan varian hibrid.

Menurut laporan U.S. News & World Report, Mazda CX-30 adalah model terbaik bagi segmen SUV Kompak 2023, diikuti oleh Kia Soul 2023, Hyundai Kona 2023, Kia Seltos 2023, Honda HR-V 2023, Volkswagen Taos 2023, Buick Encore GX 2023 dan Toyota Corolla Cross 2023

U.S. News & World Report mengatakan Mazda CX-30 yang dipasarkan di Amerika adalah model terbaik SUV Kompak disebabkan ia merupakan model yang paling seronok untuk dipandu, menawakan dinamik pemanduan yang lebih baik daripada mana-mana model yang disenaraikan di atas

U.S. News & World Report turut memuji ketepatan sistem stering, kawalan cesi yang lincah, brek yang meyakinkan serta mudah untuk dikawal di kawasan parkir yang sempit. Mazda CX-30 juga datang dengan sistem suspensi yang seimbang, sangat selesa dan juga masih mampu mengambil selekoh tajam pada halaju tinggi dengan stabil

Bagi pasaran Amerika, selain ditawarkan dengan pilihan enjin 2000cc SkyActiv yang menjana 162 kuasa kuda, ia turut ditawarkan dengan pilihan enjin 2500cc turbo SkyActiv dengan 250 kuasa kuda dan 420Nm tork. Varian turbo ini berupaya memecut 0-100km/jam dalam masa 5.8 saat dengan sistem AWD.

Selain itu, U.S. News & World Report turut memuji rekaan dalam mazda CX-30 yang menggunakan bahan berkualiti tinggi dan premium, sambungan multimedia Apple Car Play, Android Auto, skrin multimedia 8.8 inci, Mazda Radar Cruise Control (MRCC), Automatic High Beam dan juga Lane Keeping Assist

Dengan harga permulaan pada 22,950 USD (RM 101,406), Mazda CX-30 adalah lebih murah berbanding dengan Honda HR-V dan juga Toyota Corolla Cross. Tawaran harga, rekabentuk, dinamik pengendalian dan lain-lain ciri moden menjadikan Mazda CX-30 dinobatkan sebagai “Best Subcompact SUV for the Money” oleh U.S. News & World Report

Google ads
Back to top button