Buletin

BENGKEL CAJ HARGA YA RABBI, WANITA TERKEJUT KOS BAIKI KEROSAKAN HONDA CITY RM4.7K

Tular di media sosial apabila seorang pemilik kereta Honda City terpaksa membayar bil sebanyak RM4,700 selepas menghantar keretanya di sebuah bengkel.

Fatin Farah dalam satu perkongsian di Facebook miliknya bertanya kepada kepada orang ramai jika jumlah tersebut masuk akal.

Turut dikongsikan adalah gambar bil kos bagi keseluruhan pembaikan.

Ceritanya lagi, dia menghantar ke bengkel kerana keretanya mengalami kerosakan brek.

“Saya ada hantar kereta dekat bengkel, tujuan saya hantar tu sebab brek tak makan saja. Lepas tu dia buka kata macam-macam rosak. Jumlah semua dalam RM4,700,” katanya di ruangan kapsyen.

“Maklumlah perempuan kan yang hantar kereta dekat bengkel. Orang perempuan kan tak tahu sangat perkara ini,” tambahnya lagi.

Dalam pada yang masa, dia juga bimbang ditipu oleh bengkel terbabit kerana tidak mengetahui tentang kereta.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan kos perlu dibayar Fatin.

“Naya sungguh, saya pun pernah kena kes-kes macam ni. Nak buat sikit jer, macam-macam pomen adjust. Lebur duit.

“Ada tu gara nak repair kereta kat bengkel tu, last-last habis punah ranah dibuatnya sebab rosak benda lain, tak pasal-pasal benda lain jadi mangsa,” komen seorang pengguna.

“Buat Laporan bertulis ke KPDNKK supaya di siasat dan ke tribunal pengguna, tulis sebaik-baiknya laporan bertulis tersebut bersama bukti-bukti bergambar,”

Komen lain, “Minta maaf ya dik, awak cerita betul-betul. Gaya resit ni kereta tu dah macam kena banjir atau dah lama tak pakai,” – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button