" "
Buletin

MAZDA MULAKAN PRODUKSI CX-9 DI HIROSHIMA

Mazda Motor Corporation sudah memulakan produksi SUV CX-9 serba baharu di kilang Ujina Plant No. 1, Hiroshima, Jepun.

Mazda-CX-9-2016-mekanika (6)

Unit-unit terawal yang dihasilkan itu akan dihantar ke pasaran Amerika Syarikat dan Kanada. SUV berkapasiti tujuh tempat duduk itu dibina khas untuk disesuaikan dengan pasaran Amerika Utara.

Pasaran itu dijangka merangkumi 80 peratus daripada sasaran jualan 50,000 unit CX-9 setahun. Jualan CX-9 akan bermula pada musim bunga 2016.

Mazda-CX-9-2016-mekanika (1)

Model SUV mewah itu menampilkan rangkaian penuh teknologi SKYACTIV dan rekaan KODO-Soul of Motion Mazda. Dihasilkan di Jepun untuk standard kualiti paling tinggi,  CX-9 menawarkan tahap keselesaan dan kefungsian yang terbaik.

Mazda-CX-9-2016-mekanika (5)

Selain CX-9, Mazda juga memulakan penghasilan enjin turbo pancitan terus bersesaran 2.5 baharu, dikenali sebagai SKYACTIV-G 2.5T di kilang yang sama.

Google ads
Back to top button