;
Buletin

MAZDA MX-5 RF FACELIFT 2019 – 181HP, HARGA BERMULA RM259K

Bermaz Motor hari ini melancarkan Mazda MX-F RF facelift. Model itu kini didatangkan dengan pelbagai ciri baharu untuk memberi keselesaan, kemudahan serta penambahbaikan dari segi kuasa dan tork.  

MX-5 RF 2019 kini dilengkapi ciri Apple CarPlay dan Android Auto sebagai standard yang boleh diakses melalui paparan infohibur MAZDA CONNECT.

Jadi, anda boleh mengakses pelbagai aplikasi popular seperti Waze, Google Maps, Spotify dan fungsi telefon pintar yang lain dengan mudah.

Kuasa enjin Skyactiv-G bersesaran 2.0 liter telah ditingkatkan sebanyak 17 peratus kepada 181hp dengan tork 205Nm. Hasilnya, jentera ini pasti lebih pantas dan responsif.

Penambahbaikan lain termasuklah  rim aloi hitam metalik bersaiz 17 inci dan stereng teleskopik.  

MAZDA MX-5 RF didatangkan dalam bentuk CBU dari Jepun dan ditawarkan dalam dua pilihan transmisi iaitu automatik atau manual enam kelajuan.

Pelanggan boleh memilih daripada tujuh warna menarik seperti merah, kelabu, hitam, putih dan biru.

Jentera itu boleh anda miliki pada harga bermula RM259,154 seunit. Semua kenderaan Mazda yang didaftarkan mulai 1 Januari 2019 akan menerima jaminan pengeluar dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (kecuali trak pikap BT-50).

Google ads
Back to top button