;
Buletin

MAZDA2 FACELIFT DI JEPUN. LEBIH SELAMAT, HARGA BERMULA RM59K SEUNIT

Mazda Motor baru-baru ini memperkenalkan versi facelift model kompaknya, Demio atau kini dilkenali sebagai Mazda2 di pasaran Jepun. 

Dijangka mula dijual pada September depan, kereta itu menampilkan beberapa bentuk perubahan dalaman dan luaran yang tidak terlalu ketara. Sekali pandang, ia seperti tidak berubah langsung.

Tetapi, jika diteliti model hatchback menerima gril radiator berwarna hitam seperti Mazda6, lampu utama lebih nipis dan rekaan bampar baharu.

Ia juga menggunakan rim aloi bersaiz 16 inci dengan kemasan berkilat. 

Mazda2 kini dilengkapi lebih banyak ciri keselamatan seperti kawalan jelajah radar dengan fungsi stop & go, lampu utama LED adaptif dan Lane Keeping Assist.

Manakala sistem G-Vectoring Control Plus yang berfungsi memberi kestabilan ketika dipandu pada kelauan tinggi dipasang sebagai satu ciri standard dalam semua varian.  

Aspek keselesaan dipertingkatkan dengan kualiti NVH yang lebih baik. Kerusi pemandu pula boleh dilaras secara elektrik dan paparan HUD turut disepadukan dengan fungsi memori tempat duduknya. 

Sistem infohibur yang dikenali sebagai MZD Connect kini menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Tidak ketinggalan sistem janaan semula tenaga brek i-Eloop dan cermin pandang belakang anti silau. 

Mazda2 masih menggunakan khidmat enjin petrol SKYACTIV-G bersesaran 1.5 liter berkuasa 108hp/141Nmyang dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik 6-kelajuan.

Pelanggan boleh memillih sama ada pacuan roda hadapan atau semua roda. Pilihan enjin diesel SKYACTIV-D 1.5 berkuasa 104hp/250Nm ditawarkan juga ada ditawarkan 

Mazda2 dijangka dijual pada harga bermula 1,544,400 yen  (RM59,000) seunit. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button