Pandu Uji

MAZDA2 SEDAN & HATCHBACK: RM87,956

Selepas semua maklumat mengenainya diketahui, model kompak yang amat ditunggu-tunggu daripada Mazda ini akhirnya dilancarkan secara rasmi malam semalam.

SONY DSC

Bertempat di pusat membaiki dan mengecat badan Mazda terbaharu Mazda di Glenmerie, Shah Alam, Mazda2 tampil dengan cukup meyakinkan.

Dibawa ke pasaran dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari kilang pengeluaran Auto Alliance Thailand (AAT) di Rayong, Thailand, pengedar tunggal Mazda di Malaysia, Bermaz Motor optimis bahawa Mazda2 akan menerima sambutan memberangsangkan daripada pengguna tempatan.

SONY DSC

“Seperti biasa, kami tidak menetapkan sebarang sasaran jualan. Sebaliknya bergantung kepada berapa banyak yang mampu dibekalkan oleh kilang AAT kepada kami, ” kata Pengarah Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Seri Ben Yeoh yang disambut dengan ketawa deligasi Mazda dari Jepun.

Jika dibandingkan dengan para pesaingnya dalam segmen B, Mazda2 nampaknya dilengkapi pakej peralatan yang lebih menarik. Di samping rekaan luarannya yang cukup sporty, tarikan utama Mazda2 adalah pada ruang dalamannya. Perkara itu akan saya perincikan nanti.

SONY DSC

Tampil dalam varian hatchback dan sedan, jentera itu ditawarkan pada satu harga sahaja iaitu RM87,956 seunit. Menurut salah seorang orang kuat Bermaz Motor, harga Mazda2 sebenarnya lebih tinggi, sekitar RM91,000 seunit.

Namun, pihaknya berjaya mengurangkan harganya atas dasar ingin membalas kembali sokongan pengguna terhadap jenama Mazda selama ini. Selain bertujuan menarik minat kelompok pelanggan baharu untuk mencuba produk Mazda. Saya rasa, pertaruhan itu bakal memberi impak positif ke atas Mazda.

SONY DSC

Gabungan di antara bahasa rekaan KODO –Soul of Motion dan rangkaian lengkap teknologi SKYACTIV nyata menempatkan Mazda2 pada satu kedudukan yang istimewa.

Baik sedan atau hatchback, penampilan Mazda2 memang sporty dan menarik perhatian. Ditambah pula dengan warna luarannya yang menyerlah (terutama merah, warna lain yang ditawarkan ialahputih, perak dan kelabu). Kalau ada rungutan pun, mungkin padanan lampu utama jenis halogen (bukan  projektor) dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED itu.

SONY DSC

Mazda2 dikuasakan oleh unit enjin petrol SKYACTIV-G bersesaran 1.5 liter. Enjin yang memiliki nisbah tekanan setinggi 14:1 itu mampu menjana kuasa mencecah 114PS dan tork maksimum148Nm, lebih daripada cukup untuk menggerakkan model kompak ini dengan lincah.

Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik enam kelajuan SKYACTIV–DRIVE. Kalau anda mahukan pemanduan yang lebih sporty, butang sport dan paddle shifter ada disediakan.

Mazda2-launch-malaysia-mekanika (24)

Masuk ke dalam ruang kabin, di sinilah yang membezakan Mazda2 dengan para pesaingnya yang lain. Anda akan dihidangkan dengan rekaan dalaman yang minimalis tetapi mewah.

Selain tempat duduknya yang dibalut kulit, papan pemukanya juga sama. Dikenali sebagai MZD Connect, sistem kawalan fungsi navigasi, radio dan paparan maklumat lain itu terdiri daripada sebuah LCD bersaiz tujuh inci yang dipasang pada bahagian atas papan pemuka. Sementara Commander Control pula diletakkan dengan strategik pada bahagian konsol tengahnya.

Mazda2-launch-malaysia-mekanika (19)

Senarai kelengkapan yang ada padanya diteruskan dengan head-up display atau dipanggil Active Driving Display oleh Mazda. Alat itu berfungsi memaparkan maklumat penting seperti kelajuan, arah sistem navigasi dan banyak lagi tanpa memerlukan pemandu mengalihkan pandangan daripada jalan raya.

Selain itu, Mazda2dilengkapi dengan sistem bunyinya (enam unit pembesar suara), stereng teleskopik, kamera mengundur, butang penghidup enjin, sistem pendingin hawa automatik, sistem kemasukan pintar, i-Stop dan banyak lagi.

Mazda2-launch-malaysia-mekanika (25)

Dari segi keselamatan pula, Mazda2 hanya dilengkapi dengan dua beg udara. Namun, ciri-ciri seperti sistem brek ABS dengan EBD, BA dan Dynamic Stability Control (DSC) adalah standard. Bukan itu sahaja, keempat-empat rodanya pula menggunakan brek cakera.

Bagi memberi lebih nilai kepada aspek pemilikannya, Mazda2 hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Anda juga akan menikmati pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atu perbatuan 60,000km.

Mazda2-launch-malaysia-mekanika (1)

Dengar kata, kumpulan pertama Mazda2 sudah habis dijual. Jadi, kalau tidak mahu menunggu lama, jangan berlengah lagi. Kunjungi mana-mana bilik pameran Mazda sekarang!
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCMazda2-launch-malaysia-mekanika (20)Mazda2-launch-malaysia-mekanika (21)Mazda2-launch-malaysia-mekanika (26)Mazda2-launch-malaysia-mekanika (27)Mazda2-launch-malaysia-mekanika (28)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button