Buletin

2015: HONDA MALAYSIA SASAR JUALAN 85,000 UNIT

Ingin meneruskan momentum jualan yang positif pada tahun 2014, Honda Malaysia semalam mengumumkan sasaran jualannya untuk tahun 2015 iaitu sebanyak 85,000 unit kenderaan. Angka itu melibatkan peningkatan perkongsian pasaran kepada lebih 12 peratus.

SONY DSC

Unjuran sasaran tahun 2015 itu dibuat berdasarkan pencapaian tahun 2014 yang Honda Malaysia berjaya melepasi sasaran jualannya iaitu 76,000 unit apabila mencatat jualan sebanyak 77,485 unit kenderaan.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 3.7 mata daripada 7.9% yang dicapai oleh Honda Malaysia pada tahun 2013. Kejayaan itu telah membawa kepada peningkatan perkongsian pasaran yang dianggarkan sebanyak 11.6% dengan TIV tahun 2014 mencecah 667,000 unit.

SONY DSC

Jualan yang kukuh pada tahun 2014 adalah satu pencapaian besar yang sekaligus membolehkan Honda Malaysia merangkul kedudukan No. 1 dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan-Nasional buat pertama kali dalam sejarahnya.

Dengan TIV tahun 2015 dijangka meningkat sebanyak 4.5% kepada 697,000 unit berbanding tempoh sama pada tahun lepas, Honda Malaysia yakin dapat mencapai sasaran jualan menerusi pengukuhan strategi jangka sederhana di Malaysia.

Tiga tahun yang lalu, Honda Malaysia telah menetapkan satu strategi jangka sederhana yang bermatlamat meningkatkan perniagaannya kepada 100,000 unit kenderaan. Honda Malaysia juga telah memulakan persiapan untuk meningkatkan daya saing produk, menambah kapasiti pengeluaran dan mengembangkan rangkaian pengedarnya.

Honda-target-2015-mekanika (8)

Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan Honda Malaysia dipacu oleh model-model entry level iaitu City dan Jazz serba baharu yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada pasaran.

City dan Jazz menyumbang hampir 70 peratus ke atas jualan Honda Malaysia pada tahun lepas. Sejak pelancarannya pada Mac hingga Disember, City telah menjadi model paling laris dalam segmen B Bukan-Nasional, sementara Jazz pula menerajui segmen Hatchback Bukan-Nasional. Pada masa yang sama, CR-V dan Accord terus menjadi model terlaris dalam segmen masing-masing.

SONY DSC

“Walaupun Ringgit mengalami kejatuhan yang agak serius sejak kebelakangan ini, namun harus tahu bahawa kebanyakan alat ganti Honda diambil dari Thailand. Jadi, impaknya tidaklah terlalu ketara.

“Biarpun begitu, kami akan sentiasa memantau perkembangan ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno dalam satu sidang media selepas pelancaran SUV Honda CR-V di Setia Alam, Selangor.

KERETA - jazz CKD 3

Dalam usaha mengukuhkan kedudukannya di pasaran dan menawarkan harga yang kompetitif, Honda Malaysia telah meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan membuka kilang produksi No. 2 di Melaka.

Langkah itu membolehkan Honda Malaysia memenuhi jangkaan peningkatan jualan dengan tempoh produk ke pasaran yang lebih pendek melalui kemampuan menghasilkan 100,000 unit kenderaan setahun.

SONY DSC

Dengan peningkatan jualannya di Malaysia, Honda turut memberi sokongan kepada para pelanggannya dengan mengembangkan rangkaian pengedar di seluruh negara. Kini terdapat 77 pengedar Honda di Malaysia.

Honda Malaysia menetapkan sasaran untuk mempunyai 90 pengedar menjelang tahun 2016 dan meningkatkan jumlah Pusat Baik Pulih Badan Kenderaan (Body and Paint Centres) kepada 18 kemudahan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button