
PORSCHE 911 CARRERA DAN 911 CARRERA 4 GTS TIBA DI PASARAN MALAYSIA – HARGA BERMULA RM1.43 JUTA
Porsche Malaysia, menerusi Sime Darby Auto Performance, mengumumkan ketibaan dua varian baharu model ikonik 911 – Porsche 911 Carrera dan 911 Carrera 4 GTS.
Model 911 Carrera 4 GTS menjadi tumpuan utama sebagai 911 pertama dengan trenkuasa hibrid prestasi tinggi ringan (T-Hybrid) yang diinspirasikan dari dunia perlumbaan.
Dikuasakan enjin baharu 3.6 liter flat-six dengan bantuan sistem hibrid, ia menjana kuasa keseluruhan 541PS dan 610Nm, mampu memecut 0-100 km/j dalam 3.0 saat dengan kelajuan maksimum 312 km/j.

Inovasi utama termasuk:
- Turbo elektrik dengan motor terbina yang mempercepatkan tekanan boost secara serta-merta.
- Motor elektrik kedua dalam transmisi dwi-klac 8-kelajuan (PDK) menyumbang hingga 40 kW kuasa tambahan dan 150 Nm tork.
- Bateri voltan tinggi 1.9 kWh (400V) yang kompak, seberat bateri 12V konvensional.
- Berat keseluruhan hanya meningkat sekitar 50 kg berbanding model sebelum ini.
911 Carrera – Lebih Bertenaga, Lebih Cekap
Varian asas 911 Carrera masih menggunakan enjin 3.0L twin-turbo boxer namun kini menerima komponen dari model Turbo – termasuk intercooler baharu dan pengecas turbo yang lebih efisien.
Hasilnya, ia kini menghasilkan 394PS dan 450Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam 4.1 saat (atau 3.9 saat dengan Sport Chrono). Kelajuan maksimum mencecah 294 km/j.

Reka Bentuk Baharu, Aerodinamik Dipertingkat
- Reka bentuk luaran diperkemas dengan lampu utama LED matrix serba baharu yang kini mengintegrasikan semua fungsi pencahayaan – membolehkan salur masuk udara depan lebih besar.
- Untuk GTS, terdapat flap udara aktif dan diffuser hadapan adaptif yang kawal aliran udara mengikut keperluan kuasa.
- Bahagian belakang menampilkan lampu LED jalur penuh dengan rekaan baharu dan gril belakang yang menyatu dengan spoiler boleh laras.
Suspensi Dipertingkat, Dinamik Pemanduan Lebih Tajam
911 Carrera 4 GTS kini hadir standard dengan sistem stereng gandar belakang, digabungkan dengan suspensi sport PASM dan ketinggian direndahkan 10mm.
Tayar belakang yang lebih lebar (315/30 ZR 21) memberi cengkaman tambahan sewaktu pemanduan berprestasi tinggi.
Kokpit Digital Sepenuhnya, Sambungan Lebih Pintar
- Paparan instrumen kini sepenuhnya digital dengan skrin lengkung 12.6-inci dan sehingga tujuh konfigurasi paparan termasuk gaya klasik lima dail Porsche.
- Sistem infotainmen PCM dengan skrin tengah 10.9-inci kini menyokong Apple CarPlay lebih mendalam, penstriman video ketika kenderaan berhenti, dan aplikasi terbina seperti Spotify dan Apple Music.
- Butang mula kini ditempatkan di sebelah kiri stereng – mengekalkan identiti klasik Porsche.

Pilihan dan Varian
- 911 Carrera hadir sebagai Coupé pacuan belakang.
- 911 Carrera 4 GTS ditawarkan sebagai Coupé dan Targa pacuan semua roda.
- Semua model menggunakan transmisi PDK 8-kelajuan sebagai standard.
Beralih pada harga pula, Porsche 911 Carrera ditawarkan bermula dari RM1.43 juta, sementara Carrera 4 GTS boleh dimiliki pada harga bermula RM1.89 juta.
Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat melalui Porsche Centre terdekat atau secara dalam talian di pautan rasmi Porsche Malaysia.
GALERI:

















- BACA: VOLVO XC90 RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM434K
- BACA: VOLVO EX90 RASMI DILANCARKAN – 517HP, JARAK GERAK 623KM, HARGA BERMULA RM442K
- BACA: BYD SEMAKIN HANDAL DI UK. LEBIH BANYAK UNIT TERJUAL UNTUK Q1
- BACA: DUCATI PANIGALE V4 LAMBORGHINI DIUMUMKAN – HANYA 630 UNIT, 218.5HP






