Artikel PilihanBuletin

MCLAREN P1 GTR SENNA – NAMPAK MACAM MARLBORO, TAPI BUKAN

McLaren Special Operations (MSO) telah mendedahkan imej terkini – P1 GTR yang menakjubkan dengan konsep yang diilhamkan oleh pelumba MP4 / 4 F1 Ayrton Senna dalam kejohanan pertamanya 30 tahun yang lalu.

Pemiliknya P1 GTR ini, Christina ‘Beco’ mengambil masa tiga tahun untuk membina perincian kereta ini  yang dibuat dengan begitu baik oleh McLaren Special Operations.

Ia dihasilkan menerusi gabungan McLaren Rocket Red and Championship White. Ia bukan dibuat dengan pelekat sebaliknya dicat pada badan gentian karbon. Hasilnya, kombinasi yang lebih halus di mana lebih 800 jam dihabiskan untuk kerja-kerja badan sahaja.

Perinciannya bukan hanya terbatas pada rekaan badan secara fizikal. Ia telah dikemaskan dengan lapisan emas 24 karat (elemen yang dipinjam dari F1), penutup enjin belakang Lexan dan enjin yang telah diubahsuai.

Unsur-unsur aerodinamik di luar juga telah berubah, dengan splitter hadapan,sisi, flap Gurney dan garisan sisi yang membantu mengalirkan udara di sepanjang sisi badan. Rekaan belakang yang lebih besar dibuat untuk mengalirkan udara ke beban bawah di bahagian belakang.

Di dalam usaha penjenamaan dan trim Senna McLaren turut memadankan roda stering Alcantara ke kereta asal MP4 / 4 F1 Senna. Malangnya, seperti semua GTR, supercar ini tidak memenuhi piawaian kepatuhan untuk dipandu di jalanraya. Ia adalah contoh kemahiran dan keupayaan jabatan Operasi Khas McLaren.

GALERI

 

Google ads
Back to top button