Buletin

MCLAREN P1, SELEPAS SEMINGGU DIBELI, DITENGGELAMI AIR BANJIR DI FLORIDA

Taufan Ian menyebabkan malapetaka di tenggara Amerika Syarikat terutamanya di Florida. Pastinya, bencana tersebut merosakkan pelbagai harta benda ditambah lagi dengan hujan lebat. Salah satu episod duka dari bencana tersebut adalah apabila McLaren P1 yang baru dibeli seminggu sebelum bencana itu merosakkan segalanya.

P1 tersebut adalah milik pengguna Instagram Lambo9286, atau nama sebenarnya ialah Ernie. Dia baru sahaja membeli kereta itu seminggu yang lalu, dan agak teruja mengenainya.

Siaran daripada akaun lain menunjukkan air banjir memasuki garajnya, dan ia sudah sampai ke bahagian atas roda P1.

Air banjir sangat deras bukan sahaja mengapungkan McLaren dari tanah, tetapi juga memaksa P1 tersebut melalui pintu garaj yang tertutup dan keluar ke jalan.

Video selepas itu pula menunjukkan P1 ditenggelami banjir, dengan paras air hampir naik ke bumbung. Untuk mengetahui betapa teruknya keadaan tersebut, McLaren P1 mempunyai ukuran ketinggian 46.8 inci (118.9 cm), bermakna terdapat hampir 4 kaki (1.22 m) air pada masa video itu diambil.

Kereta Ernie adalah salah satu daripada hanya 375 P1 yang pernah dibina, dan ia dianggarkan bernilai melebihi AS$1.5 juta (RM6.96 juta).

Dalam video tersebut juga, Ernie kehilangan Rolls-Royce Phantom, yang boleh dilihat terletak bersebelahan P1 di dalam garaj, tetapi dia akan lebih berduka kerana kehilangan McLaren baharunya.

Google ads
Back to top button