Artikel PilihanBuletin

NISSAN GUNA SIMULASI MATAHARI UNTUK CIPTA CAT YANG LEBIH TAHAN LASAK

Berbagai kaedah digunakan oleh pengeluar kenderaan untuk memastikan badan kenderaan tahan lama. Satu masa dahulu, ketika teknologi anti karat baru nak bermula, kita dapat lihat sesetengah kereta sukar dijaga dan dipulihkan. Teknologi semakin berkembang dan badan kereta kini lebih tahan lasak.

Seperti merestorasi sebuah Datsun 510 SSS yang menjadi sangat sukar kerana penyakit karat dan hanya 10 tahun kemudian Toyota 86 lebih mudah diperbaiki pada hari ini. Ya. Perkembangan teknologi memungkinkan pengeluar “menyadur” kenderaan mereka dengan lapisan yang tahan lasak. Namun apa yang lebih penting ialah permukaan paling luar iaitu cat.

Sinar matahari secara terus boleh memusnahkan cat kenderaan selepas bertahun-tahun terdedah, terutamanya apabila kenderaan berada di bahagian bahagian dunia yang panas. Untuk mengelakkannya dari berlaku, pembuat kereta cenderung melaburkan banyak masa dan wang untuk mencari kaedah pemeliharaan cat terhadap sinaran UV.

Ini adalah teknologi terbaru daripada Nissan . Pusat kejuruteraan di kawasan Nissan, Detroit telah menggunakan alat ujian Xenon Weather-Ometer (XWO) yang menilai ketahanan bahan dalam pelbagai keadaan cuaca.

Nissan mengkaji kesan tenaga solar pada cat luaran dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan menggunakan mentol Xenon 4,000-watt yang direka untuk memancarkan gelombang cahaya yang sama seperti matahari.

Simulasi ini dibuat dengan objek yang berputar di sekitar mentol Xenon untuk meniru orbit bumi dalam persekitaran terkawal yang bersinar selama 24 jam sehari – sama seperti matahari.

Jurutera Nissan memerhatikan sampel cat tersebut melalui satu siri kitaran untuk melihat sebarang perubahan. Matlamat utama adalah untuk memastikan cat luaran berkualiti tinggi untuk pelanggan.

 

“Sebagai tambahan kepada ujian dunia yang ketat, alat ini membolehkan kami membuat simulasi persekitaran yang lasak,” kata Doug Prytula, juruteknik Nissan Amerika Utara. “Ini adalah satu langkah yang perlu diambil untuk memastikan standard kualiti Nissan berada di tahap tertinggi.”

 

Google ads
Back to top button