Buletin

MCLAREN P1 JAHANAM DIPANDU RAKAN. BOLEH PUTUS SAUDARA MACAM NI

Sebuah McLaren P1 yang hanya dijual sebanyak 375 unit di seluruh dunia dilapor terlibat dalam satu kemalangan di China. 

Lebih malang lagi, kemalangan itu disebabkan oleh seorang rakan kepada pemilik supercar itu yang pasti berdepan bil baik pulih ratusan ribu ringgit. Gambar jentera berwarna kuning tersebut dikatakan berlegar dalam platform media sosial China Weibo sejak beberapa hari lalu. 

Ketika kejadian, hujan menyebabkan jalan licin dan pemandu yang menggunakan mode sports terus hilang kawalan.

Mujur tiada siapa yang cedera dan pemandu berjaya keluar dari kereta tanpa masalah. Dia kemudian dengan tenang menelefon rakannya dan memberitahu tentang kemalangan tersebut.

Supercar itu dipercayai merupakan chasis no/ 133 yang dibeli daripada pemilik sebelumnya di Eropah dengan beberapa komponennya dibalut warba hitam satin. 

Berdasarkan kepada foto, kerosakan yang dialami tidaklah terlalu serius. Tetapi banyak panel gentian karbon yang hilang seperti pintu dan fender.

Sebahagian panel belakang juga nampaknya sudah rosak. Radiator pada bahagian sisi perlu diganti. 

Ini bukanlah McLaren P1 pertama yang terlibat dalam kemalangan di China. Pada tahun 2016, sebuah P1 berwarna perak jahanam di Hangzhou. 

Tags
Google ads
Back to top button