Artikel PilihanBuletin

MEMANDU KERETA MEWAH DI BULGARIA MUNGKIN BUATKAN ANDA DISYAKI PENJENAYAH

Memiliki dan memandu kereta mewah mungkin impian ramai orang. Ye lah, siapa yang taknak jadi perhatian makwe-makwe, mendapat publisiti dan terkenal sebab bawak Maybach dan Rolls Royce kan?

Tapi lain pula halnya di Bulgaria. Kebarangkalian anda ditahan kerana memandu kereta mewah adalah tinggi. Laporan terbaru memberitahu pemandu di sana mengelak untuk memandu kereta mewah kerana mereka berhadapan ditahan pihak berkuasa. Seperti yang dilaporkan oleh France24, polis Bulgaria telah menahan beberapa buah model mewah seperti Maybach, Bentley, Lamborghini, Rolls-Royce dan Ferrari.

BACA: HONGQI L5, KERETA MEWAH BUATAN CHINA

Ketua Pendakwaraya Bulgaria mengarahkan pemeriksaan teliti dijalankan untuk memastikan kesemua kenderaan ini diperiksa dengan teliti. Jurucakap pejabat pendakwaraya Rumyana Arnaudova memberitahu wartawan “Tujuan pemeriksaan ini dibuat ialah untuk pastikan kereta ini dimiliki dengan cara yang sah. Ia bukannya dibeli dari penipuan cukai dan aktiviti pengubahan wang haram”

“Terdapat lima model yang kami sasarkan kerana harga jualan kereta-kereta ini adalah luarbiasa tinggi'” ujar beliau.

Selai daripada kereta, sasaran pihak berkuasa ialah individu yang mempunyai pendapatan luarbiasa. MIsalnya, terdapat 245 orang yang memiliki aset hartanah melebihi 250,000 euro (RM1.2 juta) pada 2015 dan 2016 serta 120 pemilik apartment yang berharga lebih 400,000 euro (RM1.9 juta).

Siasatan ini akan berlangsung sehingga tiga bulan lagi sehingga pihak berkuasa mendapat keputusan. “Sebenarnya, tidak mustahil bagi pemilik ini mendapat aset sedemikian rupa, cuma ia tanggungjawab kami untuk pastikan mereka tidak melanggar undang-undang,” ujar Arnaudova.

Terbaik juga kalau ada pihak berkuasa begini di Malaysia kan?

 

Google ads
Back to top button