Buletin

DATSUN REDIGO AMT – SASAR PELANGGAN URBAN DI INDIA

Jenama kenderaan bajet, Datsun baru-baru ini memperkenalkan versi AMT untuk hatchback entry level keluarannya di pasaran India, Datsun Redigo.

Dikenali sebagai Redigo ‘Smart Drive Auto’, ia ditawarkan pada harga Rs380,600 (RM23,300) seunit. 

Transmisi AMT yang turut digunakan pada model Renault Kwid itu dipadankan dengan enjin tiga silinder bersesaran 1.0 liter. Ia menjanjikan pemanduan lebih mudah ketika di bandar dan keseronokan menukar gear secara manual.

Versi AMT adalah 100 peratus sama dengan model manual. Beberapa penambahbaikan diberikan, antaranya ialah sistem stereo single DIN untuk varian T dan S.

Bukan itu sahaja, Redigo AMT juga dipasang sistem kunci berpusat, tingkap kuasa di bahagian hadapan dan lampu nyalaan siang (DRL) LED untuk varian tertinggi.   

Dengan pengenalan model ini, Nissan Motor India mahu menarik minat pe,mbelli kereta entry level di kawasan bandar. Datsun kini mempunyai hampir 270 cawangan.

“Datsun Redigo Smart Drive Auto menggabungkan aspek kemudahan dan fleksibiliti dua mode pemanduan bersama jarak kelegaan tanah, ruang kabin serta kargo yang mendahului kelasnya,” kata Pengarah Urusan Nissan Motor India, Jerome Saigot.

Redigo AMT didatangkan dalam lima warna iaitu merah, hijau, putih, kelabu dan perak.

Google ads
Back to top button