
MENANGI HYUNDAI i10 COLOURZ
Hadiah utama sebuah Hyundai i10 Colourz berharga RM52,888 dan lima buah Samsung Galaxy Tab 3 bernilai RM5,000 kini sedia dimenangi menerusi Hyundai Mission Impossible di Facebook.
Peraduan yang bermula semalam (5 Disember) hingga 26 Januari 2014 itu diadakan sempena tayangan filem bertajuk Ah Beng Mission Impossible. Diterbitkan oleh produksi Chinese New Year oleh Jack Lim, ia bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 23 Januari 2014. Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) bertindak selaku presenter utama dalam filem tersebut.
Peraduan ini akan menguji pengetahuan peserta mengenai model-model Hyundai, selain kreativiti dalam dunia fotografi. Mereka perlu menyelesaikan satu misteri dan tugasan.
Misteri itu akan membawa mereka kepada sebuah model Hundai. Mereka kemudian perlu merakam gambar berdasarkan kepada tema yang diberikan. Sebanyak tiga misi akan diumumkan di laman Facebook Hyundai Malaysia. Peserta boleh mengambil bahagian dalam berapa banyak misi yang mereka suka.
Ramai 30 orang finalis akan disenarai pendek berdasarkan kepada undian tertinggi untuk melaksanakan tiga misi (sepuluh finalis untuk setiap misi).
Pemenang hadiah utama dan lain-lain akan dipilih oleh panel juri yang merupakan pelakon serta krew filem Ah Beng Mission Impossible. Bukan itu sahaja, peserta juga dijemput untuk memandu uji model-model Hyundai bagi berpeluang memenangi jam tangan edisi terhad Elantra dalam satu cabutan bertuah.
Para pelakon filem Ah Beng Mission Impossible dan DJ MY FM akan membuat penampilan di pusat-pusat 3S Hyundai terpilih di Semenanjung Malaysia. Jadualnya adalah seperti berikut:
Tarikh | Masa | Lokasi |
7 Disember 2013 (Sabtu) | 2.00pm | Sime Darby Auto Hyundai Glenmarie, Shah Alam |
8 Disember 2013 (Ahad) | 11.00am | Sime Darby Auto Hyundai
Old Klang Road |
2.00pm | Century Autohaus
Klang |
|
20 Disember 2013 (Jumaat) | 1.00pm | Sime Darby Auto Hyundai
Ipoh |
4.00pm | Chuan Seng Auto Services
Taiping |
|
21 Disember 2013 (Sabtu) | 11.00am | Goh Family Motors
Bukit Mertajam |
2.00pm | Sime Darby Auto Hyundai
Sg Pinang, Penang |
|
22 Disember 2013 (Ahad) | 2.00pm | Sime Darby Auto Hyundai
Prai, Penang |
3 Januari 2014 (Jumaat) | 12.00pm | Wheelex
Seremban, Negeri Sembilan |
4 Januari 2014 (Sabtu) | 11.00am | BP Auto Marketing
Batu Pahat, Johor |
5 Januari 2014 (Ahad) | 11.00am | Multiple Maxim
Johor Bahru, Johor |
3.00pm | Sime Darby Auto Hyundai Plentong, Johor | |
11 Januari 2014 (Sabtu) | 10.00am | Sutera Gemilang Auto
Kampung Melayu Subang, Shah Alam |
12 Januari 2014 (Ahad) | 10.00am | NCS Setapak |
Maklumat lanjut mengenai peraduan dan siri jelajah boleh didapati laman Facebook Hyundai Malaysia dan laman web: www.hyundai.com.my