Pandu Uji

MASERATI QUATTROPORTE

Salon mewah, Maserati Quattroporte akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia oleh  Naza Italia semalam. Sedia maklum bahawa Naza Italia ialah anak syarikat Kumpulan Naza yang telah diberikan hak mengimport dan mengedar kenderaan Maserati secara eksklusif oleh Maserati SpA pada Februari 2009.  

Maserati Quattroporte 0006

Maklum balas terhadap jentera Maserati di Malaysia agak memberangsangkan. Tahun lalu, Naza Italia berjaya menjual sekitar 40 unit Maserati. Sasaran tahun depan pula adalah sebanyak 92 unit.

Keyakinan itu banyak disandarkan kepada model-model menarik yang ditawarkan oleh Maserati. Selain Quattroporte, Naza Italia turut merancang untuk memperkenalkan Maserati Ghibli pada Februari 2014 dan Maserati Levante menjelang hujung tahun depan.

Maserati Quattroporte 03

“Kami juga ingin meluaskan jangkauan jenama Maserati di luar Lembah Klang, terutama ke Pulau Pinang kerana wujud permintaan di sana,” kata Pengurus Besar Naza Italia, Wan Ahmad Wan Abas.

Bersaing secara terus dengan model Porsce Panamera, Maserati Quattroporte generasi keenam ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Quattroporte GTS dan Quattroporte S.

Maserati Quattroporte 07

Model lebih mewah, Quattroporte GTS dijana oleh unit enjin V8 bersesaran 3.8 liter Twin Turbo dan menjadi Maserati yang paling diminati pada masa sekarang. Enjin berkuasa 530hp dan tork 650Nm (710Nm sewaktu overboost!) itu mampu membawa Quattroporte mencatat kelajuan sehingga 307 kilometer sejam (km/j). Sekali gus menjadi model Maserati empat pintu paling laju pernah dihasilkan.

Jika anda mahukan jentera yang lebih ekonomikal dan sedikit murah, pilih sahaja Quattroporte S. Dilengkapi enjin V6 Twin Turbo bersesaran 3.0 liter, ia mampu menjana kuasa mencecah 410hp dan tork 55Nm.

Maserati Quattroporte 37

Kuasa tersebut membolehkan Quattroporte S meluncur dari titik pegun ke 100km/j dalam tempoh kurang lima saat. Model ini juga menawarkan kelincahan pemanduan seperti jentera pacuan roda belakang. Kedua-dua varian enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Biarpun begitu berkuasa, Maserati Quattroporte menawarkan keselesaan dan kemewahan seperti sebuah limosin. Selain kemasan kulit Alcantara yang mewah, jentera ini turut dipasang dengan skrin sentuh Maserati yang merangkumi sistem navigasi, kamera undur dan radio.

SAMSUNG CSC

Sementara pemain audio video dan sistem bunyi jenama Bowers & Wilkins yang hadir bersama 15 unit pembesar suara menjadi ciri standard untuk varian Quattroporte GTS dan pilihan bagi model S.

Harga pengenalan untuk Quattroporte GTS ialah RM1,138,800 dan RM898,800 bagi varian Quattroporte S.

[hr] Galeri

SAMSUNG CSCMaserati Quattroporte 02Maserati Quattroporte 11Maserati Quattroporte 12Maserati Quattroporte 18Maserati Quattroporte 23Maserati Quattroporte 24Maserati Quattroporte 39Maserati Quattroporte 46

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button