Buletin

TONTON PERLAWANAN MANCHESTER VS EVERTON

Susulan maklum balas yang meriah tahun lalu, Chevrolet meneruskan peraduan Manchester United For Life. Tahun ini, pemenang bertuah akan diterbangkan ke Old Trafford menonton perlawanan Manchester United vs Everton pada 2 April hadapan.

chevrolet-cny-promosi-mekanika (2)

Peraduan tersebut dianjurkan sempena promosi Chevrolet Chinese New Year yang bermula 1 Januari sehingga 15 Mac hadapan. Mereka yang mendaftar model Chevrolet dalam tempoh itu akan berpeluang melancong ke Manchester untuk dua orang. Perjalanan ditanggung sepenuhnya.

Promosi Chevrolet Chinese New Year itu juga memberikan ganjaran penjimatan sehingga 12 bulan ansuran percuma (tertakluk kepada terma dan syarat) bagi pembelian model Chevrolet.

chevrolet-cny-promosi-mekanika (4)

Selain itu,  Chevrolet turut menawarkan promosi kempen servis. Pemilik sedia ada digalakkan untuk mengunjungi mana-mana pusat servis  bagi layak memperoleh  40 mata percuma pemeriksaan, imbasan diagnostik MDI secara percuma dan percuma perbaharui ahli Chevy Assist selama setahun (tertakluk terma dan syarat). Promosi kempen perkhidmatan boleh digunakan untuk semua model Chevrolet.

“Ini adalah masa terbaik bagi mereka yang mempertimbangkan  untuk memiliki Chevrolet. Malah sekali seumur hidup berpeluang menonton Manchester United bermain di Old Trafford di Suite Hospitiliti VIP.

chevrolet-cny-promosi-mekanika (1)

“Jangan lepaskan peluang, lawati mana-mana satu pengedar Chevrolet hari ini, “kata Naib Presiden 1 NAZA Quest Sdn Bhd, Thoai Quen.

Pemenang  Manchester United For Life tahun lalu, Pung Seu Kin yang membeli Chevrolet Colorado di Sandakan, Kota Kinabalu, berpeluang melancong ke  Manchester dan London selama enam hari. Tidak ketinggalan menonton perlawanan Manchester United vs Chelsea pada Disember lalu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button