Buletin

MENANGI ISUZU D-MAX PADA ACARA PERFECT LIVIN ‘16

Sekiranya anda berhasrat untuk memiliki dan memandu salah sebuah trak pikap yang paling menjimatkan dan berkeupayaan tinggi, jangan lupa mengunjungi pameran Perfect Livin ’16. Ini kerana anda mungkin berpeluang memenangi sebuah Isuzu D-Max baharu!

Sebagai penaja utama pameran yang menjelajah ke beberapa lokasi penting di seluruh negara, Isuzu Malaysia akan menghadiahkan sebuah unit Isuzu D-Max 2.5 liter 4×4 dan model 3.0 liter 4×4 Safari kepada pemenang bertuah yang mengambil bahagian dalam peraduan What’s Your Hunch?

Untuk menyertainya, para pengunjung hanya perlu membeli barangan bernilai RM500 di pameran tersebut. Kemudian teka jumlah bantal yang diletakkan di dalam kedua-dua unit Isuzu D-Max di lokasi berkaitan dan hantar jawapan menggunakan borang rasmi peraduan.

Isuzu-DMAX-Safari-perfect-livin-mekanika (3)

Jika anda suka dan ingin memiliki kenderaan gaya hidup yang telah memenangi pelbagai anugerah ini, kunjungi ruang pameran Isuzu dan tanya penasihat jualan tentang tawaran eksklusif Isuzu D-Max serta MU-X yang hanya sah pada acara Perfect Livin.

Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Hajime Machimura memberitahu penyertaan pihaknya dalam pameran Perfect Livin sebagai penaja utama membantu menyerlahkan lagi versatiliti kenderaan. Selain menunjukkan apa yang mampu ditawarkan oleh trak pikap kepada pengguna di bandar.

Isuzu-DMAX-Safari-perfect-livin-mekanika (4)

Dengan pelbagai ciri yang mendahului kelasnya seperti kabin paling luas dan selesa, di samping ruang kargo yang direka untuk mengangkut barang-barang yang besar dengan mudah, Isuzu D-Max sememangnya terbukti menjadi pilihan popular buat mereka yang berjiwa bebas dan tidak mahu rasa terkurung di dalam sebuah kereta saloon.

Perfect Livin, pameran gaya hidup dan peralatan rumah membuka tirainya pada 7 April di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC). Dengan lebih 1,200 ruang pameran, ia menawarkan pelbagai produk barangan rumah.

Pameran ini akan diteruskan ke Pusat Konvensyen Borneo di Kuching mulai 21 hingga 24 April sebelum menjelajah ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di Kuatan pada 5 hingga 8 April. Pameran penutup akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Selangor pada 3 hingga 5 Jun.

Google ads
Back to top button