Motosikal

YAMAHA 04GEN DI VIETNAM

Dalam acara Pameran Motosikal Vietnam 2016 yang pertama kali dianjurkan, Yamaha memperkenalkan ciptaan terbaharunya di Ho Chi Minh City.

Yamaha-04GEN-scooter-concept-mekanika (3)

Dikenali sebagai Yamaha 04Gen, ia merupakan kesinambungan kepada bahasa rekaan “Refined Dynamism” yang sebelum ini merangkumi motosikal 01Gen dan 03Gen. Manakala 02Gen pula ialah rekaan sebuah kerusi roda.

Yamaha 04Gen tampil berbeza apabila menggunakan material plastik lut cahaya sebagai sebahagian daripada rekaan estatiknya. Sementara tempat duduk dan pemegang hendal bar diperbut daripada kulit.

Yamaha-04GEN-scooter-concept-mekanika (2)

Lebih menarik lagi, kepingan plastik itu boleh diangkat dan kelihatan seperti sayap seekor pepatung.  Apabila diturunkan, sayap tersebut menutupi bahagian panel sisi skuter.

Yamaha-04GEN-scooter-concept-mekanika (1)

Belum dapat dipastikan bilakah Yamaha akan merealisasikan model konsep ini.

Google ads
Back to top button