
Artikel PilihanModifikasi
NISSAN MY16 NISSAN GT-R NISMO DRIFT 305KM/J!
Nissan telah mencatat rekod Guinness Word Records apabila berjaya melakukan aksi drift pada kelajuan paling tinggi.
Jentera MY16 Nissan GT-R NISMO yang telah ditala khas itu melakukan drift pada kelajuan 305km/j!
Juara drift dan pemegang gelaran D1 Grand Prix dari Jepun, Masato Kawabata mencatatkan rekod tersebut di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Fujairah, Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Ia sekali gus memadamkan rekod yang dicatat oleh pemandu Poland, Jakub Przygoński sebelum ini.
Nissan GT-R NISMO ditala oleh GReddy Trust dan telah diuji secara ekstensif di kemudahan Fuji Speedway. Jentera itu ditala agar mampu mengekalkan kestabilan dan pengendaliannya.
https://www.youtube.com/watch?v=KTEITmTomII











