Buletin

MENARA SOLAR INI BOLEH MENGUBAH AIR, CAHAYA MATAHARI DAN KARBON DIOKSIDA MENJADI KEROSENE

Aldo Steinfield seorang professor di ETH Zürich’s Department of Mechanical and Process Engineering berkata sistem yang direka bukanlah fiksyen sains semata-mata, tapi memang ia direka supaya menukar udara kepada bahan api untuk penerbangan dengan menggunakan konsep thermodinamik

Dalam ujian yang dibuat semenjak dari tahun 2019 lagi, menara ciptaan Steinfield adalah menara yang direka supaya cahaya matahari dapat digunakan bagi menghasilkan bahan api dalam skala yang kecil dan menjadi tapak ujian untuk pembangunan sistem yang lebih maju dan berdaya saing.

Gas karbon dioksida dan air diekstrak terus daripada udara sekeliling dengan menggunakan cahaya matahari bagi menghasilkan syngas iaitu gas campuran hidrogen dan carbon monoksida yang boleh diposes menjadi kerosene.

Idea stesen pemprosesan mini Steinfield ini bertukar menjadi projek besar apabila pasukan Steinfield mengoperasikan pusat pemprosesan solar yang lebih besar di IMDEA Energy Institute di Sepanyol pada tahun 2021. Bagi membantu projek Steinfield menjadi realiti, dia dibantu oleh syarikat Synhelion yang akan menghasilkan pusat pemprosesan solar berasaskan ciptaan Steinfield.

Swiss International Air Lines pula telah menyatakan hasrat untuk membeli kerosene yang dihasilkan oleh Synhelion bagi kegunaan pesawat penerbangan komersial mereka. Pusat pemprosesan solar ini berupaya mengumpul 100Mwatt cahaya matahari bagi menghasilkan 9 juta gelen kerosene dalam setahun dengan keluasan tanah yang minima iaitu 2.3 batu persegi sahaja

Udara daripada sekeliling menara akan diekstrak dan ditukar menjadi bahan kimia yang lain (CO2 kepada CO dan H20 kepada H2) dan CO dan H2 ini akan dicampur bagi membentuk syngas. Syngas kemudian akan disentesis kepada cecair hidrokarbon bagi menghasilkan kerosene dan jet fuel.

Semua proses yang berlaku adalah proses sifar karbon dimana tiada karbon akan dibebaskan daripada pusat ini. Jika bahan binaan pusat pemprosesan solar ini dapat dibina daripada tenaga diperbaharui, maka keseluruhan proses yang terlibat adalah bebas daripada menghasilkan karbon

Steinfield berharap usaha ini dapat memastikan industri penerbangan awam dapat terus beroperasi tanpa membebaskan gas karbon dioksida dan menjadikan industri penerbangan lebih mesra alam

Google ads
Back to top button