Buletin

HARLEY-DAVIDSON PERKENAL CAT BAHARU APEX FACTORY CUSTOM

Harley-Davidson baru-baru ini menawarkan pilihan cat baharu untuk model Harley-Davidson Grand American Touring yang terpilih. Warna cat ini diilhamkan dari sejarah persaingan yang panjang dan paling ikonik di dunia jenama motosikal.

“Cat Apex factory custom memberi peluang kepada penunggang untuk menyatakan keseronokan pada kelajuan dan model bagger mereka,” kata Naib Presiden Reka Bentuk dan Pengarah Kreatif Harley Davidson, Brad Richards.

Warna cat itu menampilkan grafik berbentuk garis besar pada tangki bahan api yang meniru bentuk kereta kebal pada motosikal perlumbaan trek rata lagenda, Harley-Davidson XR750. Grafik pada tangki yang menunjukkan aspek kelajuan itu dipadankan dengan fairing pada model tersebut.

Garisan pada fender hadapan bersambung secara visual dengan garisan pada penutup sisi dan beg pelana, lalu mencipta kesan mengalir. Apabila dilihat, motosikal itu kelihatan seperti bergerak, walaupun ketika ia diparkir.

Skema warna bermula dengan cat asas hitam Vivid Black. Elemen grafik ditambah pada Gauntlet Panel kelabu yang dikelilingi oleh jalur Jet Fire Orange yang merupakan warna asal digunakan oleh model XR750.

Setiap panel itu direka dengan bayang-bayang titisan dalaman dan halus pada Bar & Shield yang pudar. Warna pudar berkenaan diilhamkan oleh efek yang boleh dilihat pada jentera lumba Harley-Davidson Factory Team. Cat Clear Coat pula digunakan sebagai lapisan akhir.

Cat Apex akan ditawarkan secara global untuk baki tempahan model 2022 sebagai pilihan yang ditetapkan oleh kilang untuk sembilan model Harley-Davidson Grand American Touring, antaranya:

  • Road King® Special model
  • Street Glide® Special model (versi kemasan Chrome dan Black)
  • Ultra Limited model (versi kemasan Chrome dan Black)
  • Road Glide® Limited model (versi kemasan Chrome dan Black)
  • Road Glide® Special model (versi kemasan Chrome dan Black)

Anda boleh menghubungi pengedar Harley-Davidson tempatan yang sah untuk mendapatkan butiran tentang pesanan motosikal Harley-Davidson dan aksesori dengan cat Apex.

Ketersediaan model akan berbeza-beza mengikut pasaran. Sila semak dengan peniaga H-D tempatan untuk maklumat lanjut.

Google ads
Back to top button