Artikel Pilihan

APA PERBEZAAN TOYOTA VIOS 2022 DENGAN TOYOTA YARIS ATIV?

 Beberapa hari lepas Toyota Vios (Yaris Ativ) generasi baru telahpun dilancarkan di Thailand dengan harga pengenalan yang cukup mampu milik. Tapi berbeza dengan pasaran Malaysia yang biasa dipasang dengan enjin 1500cc, Yaris Ativ dipadankan dengan enjin 1200cc sahaja bagi melayakkanya dikategorikan sebagai Eco Car.

Pada asasnya, apabila diperkenalkan di Malaysia kelak sebagai Vios, ia akan menggantikan Toyota Vios yang dijual sekarang. Pada hemat penulis, Vios generasi sekarang sudah elok sangat rupanya dan lebih menarik berbanding dengan Yaris Ativ.

Tapi dari segi teknologi, Yaris Ativ mempunyai banyak kelebihan lain seperti:

1. Cesi DNGA – selain daripada lebih baik berbanding dengan cesi sebelumnya, cesi ini juga menawarkan jarak antara roda yang lebih baik berbanding dengan cesi sebelumnya. Cesi lama Vios hanya menawarkan 2560mm jarak antara roda berbandding cesi baru yang menawarkan sehingga 2620mm

Kelebihan ini memberikan Vios ruang kabin yang lebih baik terutama di bahagian belakang. Titik kimpalan (welding spot) juga telah ditambah bagi memberikan NVH yang lebih baik berbanding dengan Vios

2. Lampu kabin – Yaris Ativ juga menawarkan ciri lampu kabin dengan pilihan 64 warna LED yang boleh dikawal dengan suis fizikal, dan LED dibuat merentangi bahagian papan pemuka. Ia memberikan pencahayaan yang lebuh bagus pada waktu malam dan kelihatan lebih mewah

3. Rekaan kabin moden – ya kalau anda pemilik Vios generasi sekarang anda akan rasa kabin Vios walaupun praktikal nampak kurang moden. Model Yaris Ativ menawarkan kabin dengan ciri skrin terapung 7 inci dan juga kemasan kulit berwarna merah pada bahagian papan pemuka

Walaupun nampak lebih ringkas, ia nampak lebih kemas moden dan bergaya berbanding dengan rekaan yang lama. Apatah lagi jika kemasan ini ditawarkan dengan kemasan kulit warna merah menyala.

3. Pembesar Suara premium – bagi varian tertinggi, ia akan ditawarkan bersama-sama dengan pembesar suara dari jenama Pioneer. Ini termasuklah penggunaan unit tweeter dipasang pada tiang A.

4. Brek elektrik – buat pertama kali Vios turut akan ditawarkan dengan ciri brek parkir elektrik yang menggunakan suis sama seperti yang ditawarkan oleh Honda City dan juga Perodua Alza.

Ciri ini akan ditemani dengan ciri AutoHold yang akan membrek secara automatik dan boleh bergerak semula apabila pedal minyak ditekan. Penggunaan suis ini akan memberikan ruang yang lebih besar pada penumpang depan

5. Toyota Safety Sense – Vios generasi sekarang hanya menawarkan brek AEB serta Lane Departure Watch sahaja. Namun Yaris Ativ akan ditawarkan dengan ciri tambahan Lane Departure Alert, Pedal Misoperation serta Front Departure Alert.

6. ACC – ya buat pertama kali Yaris Ativ juga menawarkan ciri Adaptive Cruise Control yang beroperasi dan dipakejkan dalam Toyota Safety Sense

7. Lampu depan LED – sama seperti model Vios sekarang tapi dengan tambahan sequential turning light dan juga ciri Auto High Beam yang diintegrasikan dengan sistem Toyota Safety Sense

Pada pendapat kami, seperti biasa UMW Toyota akan merombak semula rekaan Yaris Ativ agak sesuai dengan selera rekaan rakyat Malaysia sebelum diperkenalkan sebagai Vios.

Google ads
Back to top button