Buletin

MERCEDES-AMG C 63 S E PERFORMANCE F1 EDITION HADIR DI MALAYSIA: JANA 680HP, HARGA BERMULA RM958K

Sempena Mercedes-Benz World yang dianjurkan di KL Base, Sungai Besi bermula 5-7 Julai ini, Mercedes-Benz Malaysia mengambil peluang tersebut dengan melancarkan model Mercedes-AMG C 63 S E Performance F1 Edition untuk pasaran tempatan.

Mercedes-AMG C 63 S E PERFORMANCE kini hadir dalam edisi eksklusif Formula 1 Edition yang menampilkan decal unik dalam cat MANUFAKTUR alpine grey solid.

Ia diserlahkan lagi melalui trim merah di sisi, apron depan dan belakang selain, dipadankan bersama rim aloi 10-jejari AMG bersaiz 20-inci berwarna merah menambahkan lagi sentuhan sporty.

Turut tersedia adalah AMG Night Package, hadir dengan penampilan kemasan hitam krom pada gril hadapan serta emblem model pada penutup but belakang serta kedua-dua fender hadapan.

Ruang dalaman C 63 S E PERFORMANCE dikemaskan dengan kontras hitam dan merah, tempat duduk dengan upholsteri kulit Nappa hitam eksklusif bersama jahitan hiasan merah dan lencana AMG pada perehat kepala hadapan.

Perincian lain termasuklah tali pinggang keselamatan merah dan elemen trim gentian karbon AMG eksklusif dengan aksen merah, stereng AMG Performance dalam kulit Nappa / MICROCUT dengan jahitan kontras merah.

Sementara, lencana F1 Edition di ruang dalaman serta alas lantai F1 Edition dan logo F1 menambahkan lagi nuansa sporty.

AMG C 63 S E PERFORMANCE F1 Edition dilengkapi dengan MBUX Navigation Premium, Hard-disk navigation, MBUX augmented reality untuk navigasi, dan dua paparan LCD: paparan pemandu LCD 12.3-inci bersama fungsi AMG Track Pace serta paparan tengah LCD 11.9-inci.

Suspensi dengan spring logam biasa AMG Ride Control bersama sistem penyerap hentak adaptif – menggabungkan pengendalian dinamik sporty, memberikan keselesaan perjalanan jarak jauh yang menjadi ciri khas jenama ini.

Lapan mod pemanduan AMG DYNAMIC SELECT “Electric”, “Comfort”, “Battery Hold”, “Sport”, “Sport+”, “RACE”, “Slippery” dan “Individual” disesuaikan dengan teknologi pemanduan baru, menawarkan pengalaman pemanduan yang pelbagai dari efisien hingga dinamik.

Mod pemanduan ini menyesuaikan parameter penting seperti respons sistem pemanduan dan transmisi, ciri-ciri stereng, peredaman suspensi, atau bunyi.

Kuasa boost motor elektrik juga bergantung pada program pemanduan yang dipilih dan boleh dipilih melalui paparan di konsol tengah atau butang stereng AMG.

Bagi ciri keselamatan, AMG C 63 S E PERFORMANCE F1 Edition dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan bantuan pemandu termasuk GUARD 360 ° Vehicle protection, PRE-SAFE® system, PRE-SAFE® Impulse Side, Driving Assistance Package Plus, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist serta PARKTRONIC Parking Package with Active Parking Assist dan Memory Parking Assist.

Beralih pada kuasa, jentera ini dijana oleh nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan motor elektrik 201 hp, menghamburkan kuasa 680hp dan 1,020Nm.

Untuk harga pula, Mercedes-AMG C 63 S E PERFORMANCE F1 Edition dijual pada harga RM958,888 (termasuk 10% ST) untuk Semenanjung Malaysia. Harga adalah di atas jalan, tanpa insurans.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web kami di http://www.mercedes-benz.com.my/c-class-amg.

GALERI:

Google ads
Back to top button