Buletin

MERCEDES-BENZ WORLD BERLANGSUNG 5 – 7 JULAI: PELBAGAI AKTIVITI TERSEDIA, ADA TAWARAN EKSKLUSIF

Mercedes-Benz World yang berlangsung 5 hingga 7 Julai 2024 di KL Base, Sungai Besi bakal mempamerkan portfolio lengkap keluarga Mercedes-Benz – daripada yang terkini, terpantas kepada kenderaan Mercedes-Benz paling mewah.

Antara tarikan utama acara ini adalah tayangan perdana bagi tiga model Mercedes-AMG berprestasi tinggi baharu – Mercedes-AMG C 63 S E PERFORMANCE F1 Edition, Mercedes-AMG GLA 45 S 4MATIC+ dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC.

Menurutnya, model-model ini mentakrifkan barisan Mercedes-AMG, memenuhi keperluan peminat paling canggih dan dinamik pemanduan yang unggul.

Selain itu, Mercedes-Benz turut mempersembahkan rangkaian lkereta hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya, yang dilengkapi dengan penyelesaian pengecasan terkini.

Bahagian ini bukan sahaja menunjukkan dedikasi Mercedes-Benz terhadap mobiliti hijau, tetapi juga mendidik orang ramai tentang teknologi termaju serta kelebihan EV, memaparkan model terkemuka seperti EQA, EQB, EQC, EQE dan EQS.

Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Mercedes-Benz Cars Malaysia, Amanda Zhang berkata, “Di Mercedes-Benz, kami mengiktiraf dan meraikan keutamaan tersendiri pelanggan kami.

“Mercedes-Benz World ialah demonstrasi komitmen kami untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan yang arif dalam industri automotif.”

Tambahnya lagi, “Dengan mempersembahkan rangkaian kenderaan tersedia, kami meningkatkan pengalaman pelanggan kami ke tahap yang lebih tinggi.”

Turut hadir ialah Benz Patent Motor Car yang ikonik – kereta pertama di dunia.

Membuat penampilan sulungnya pada tahun 1886 dan dikuasakan oleh satu kuasa kuda, ia mengubah mobiliti manusia selama-lamanya.

Bukan itu sahaja, nikmati tawaran eksklusif apabila anda menempah Mercedes-Benz anda dan alami tiga hari penuh aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.

Acara berkenaan turut menawarkan peluang pandu uji eksklusif merentasi pelbagai portfolio Mercedes-Benz.

Google ads
Back to top button