
MERCEDES-AMG C43 4MATIC DILANCARKAN – JANA 408HP, HARGA BERMULA RM443K
Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Mercedes-AMG C43 4Matic untuk pasaran tempatan dengan tawaran harga bermula RM443,888.
Model CKD ini tiba dengan gril AMG jalur melintang, kemasan bampar AMG, ruang udara sporty, diffuser, dan ekzos quad selain, dilengkapi bumbung panoramik dengan teknologi Digital Light serta diserlahkan lagi melalui rim AMG 19-inci.
Di bahagian dalam, ia menerima kelengkapan seperti sistem MBUX terkini, pengesan cap jari, ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto, lampu ambien, roda stereng dan kemasan kulit Nappa.

Perincian lain termasuklah sistem brek sports kemasan warna perak dengan tulisan “AMG” hitam, serta sistem ekzos khas.
Ciri-ciri menarik lain terdapat pada Mercedes-AMG C43 4Matic adalah Dynamic Body Control dengan Adaptive Damping System, Mod pemanduan AMG Dynamic Select dan AMG Track Pace.
Beralih pada kuasa, Mercedes-AMG C43 4Matic dikuasakan oleh enjin M139I 2.0-liter turbo, menghamburkan kuasa 408hp pada 6,750rpm dan 500Nm tork pada 5,000rpm.

Selain itu, ia turut dijana bersama motor elektrik berkuasa 10kW dan 150Nm serta dipadankan dengan sistem pacuan semua-roda 4Matic dan kotak gear AMG Speedshift MCT 9G 9-kelajuan.
Ia membolehkan jentera ini memecut ke 100km/j dalam 4.6 saat sahaja dengan kelajuan maksima dihadkan pada 250km/j.
Bagi ciri keselamatan, ia didatangkan dengan Driving Assistance Package Plus, Active Parking Assist dengan Parktronic, kamera 360 darjah, dan Guard 360.
Seperti dinyatakan di atas, Mercedes-AMG C43 4Matic boleh dimiliki pada harga bermula RM443,888.
GALERI:












