
ZEEKR X 2026 RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM158K
Zeekr X rasmi dilancarkan untuk pasaran tempatan, hadir dalam dua varian; Premium dan Flagship, ditawarkan pada harga bermula RM158,800.
Antara ciri menarik yang kini ditawarkan termasuk pintu hadapan automatik, peti sejuk terbina dalam, sistem interaktif pintar pada tiang-B, stereng pelbagai fungsi dengan butang sentuhan serta ruang but lebih praktikal berkapasiti 404 liter selain, dilengkapi skrin infotainmen 14.6-inci.
Bagi varian Flagship AWD, ia kini menghasilkan kuasa sehingga 365kW dan tork 573Nm, membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.7 saat.

Model ini turut menerima pengecas AC onboard 22kW yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan sekitar empat jam, selain jarak gerak sehingga 415km mengikut standard WLTP.
Varian tersebut turut dilengkapi tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan, kabin hitam bersama tali pinggang merah, rim forged hitam 20-inci serta pilihan warna eksklusif baharu seperti Onyx Black dan Matte Khaki Green.
Sementara itu, Zeekr X Premium RWD menawarkan kuasa 250kW dan tork 373Nm dengan jarak gerak sehingga 445km WLTP. Ia menggunakan pengecas onboard 11kW yang membolehkan pengecasan AC penuh sekitar 7.5 jam.

Varian Premium turut menerima paparan head-up display (HUD), kabin dwi-tona putih dan hitam, rim 19-inci baharu serta pilihan warna eksklusif Porcelain Pink yang tampil lebih moden dan bergaya.
Spesifikasi ringkas 2026 Zeekr X:
Varian Premium RWD
- Kuasa: 250kW
- Tork: 373Nm
- Jarak gerak WLTP: 445km
- Pengecas onboard AC 11kW
- Masa pengecasan AC: sekitar 7.5 jam
- Rim 19-inci baharu
- HUD
- Kabin dwi-tona putih dan hitam
- Warna eksklusif Porcelain Pink

Varian Flagship AWD
- Kuasa: 365kW
- Tork: 573Nm
- 0-100 km/j: 3.7 saat
- Jarak gerak WLTP: 415km
- Pengecas onboard AC 22kW
- Masa pengecasan AC: sekitar 4 jam
- Tempat duduk berurut dan pengudaraan
- Kabin hitam dengan tali pinggang merah
- Rim forged hitam 20-inci
- Warna eksklusif Onyx Black dan Matte Khaki Green
Dari aspek keselamatan, Zeekr X masih mengekalkan pakej lengkap ADAS bersama tujuh beg udara. Sistem bantuan pemanduan itu menggunakan lima kamera HD, lima radar gelombang milimeter dan 12 sensor ultrasonik bagi meningkatkan tahap keselamatan serta kesedaran pemandu ketika memandu.
Untuk pasaran Malaysia, 2026 Zeekr X dditawarkan pada harga;
- Premium: RM158,800
- Flagship: RM175,800
Model 2026 Zeekr X turut ditawarkan dengan pelbagai pakej pemilikan menarik termasuk pelan ansuran tanpa faedah sehingga 48 bulan serta kadar pembiayaan serendah 1.18 peratus menerusi rakan pembiayaan terpilih.
Selain itu, kenderaan elektrik (EV) kompak premium itu hadir dengan jaminan kenderaan selama lima tahun atau 150,000 kilometer, jaminan komponen voltan tinggi selama lapan tahun atau 160,000 kilometer serta langganan perkhidmatan berhubung percuma selama setahun dengan 60GB data setiap bulan.
GALERI:


























