Buletin

CHERY LANCAR TIGGO 9, CIRI PREMIUM PADA HARGA KOMPETITIF

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2026 – Chery Malaysia telah melancarkan secara rasmi Chery TIGGO 9 serba baharu, sekali gus menandakan satu pencapaian penting buat jenama itu dengan memperkenalkan SUV flagshipnya ke pasaran Malaysia.

Direka untuk menawarkan keseimbangan sempurna antara kemewahan, prestasi dan inovasi moden, Chery TIGGO 9 menetapkan penanda aras baharu dalam segmen SUV premium.

“Chery TIGGO 9 merupakan model flagship baharu kami dan SUV terbesar dalam keluarga TIGGO yang ditawarkan di Malaysia. Daripada penampilannya yang berani sehingga ke kemasan yang halus dan premium, setiap perincian direka dengan teliti untuk mencerminkan keyakinan, sofistikasi dan kemodenan,” kata Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang.

Beliau turut menjelaskan bahawa model tersebut melambangkan lembaran baharu bagi jenama Chery, selain menjadi tawaran premium pertama syarikat itu di Malaysia.

“TIGGO 9 menetapkan penanda aras baharu dalam apa yang kami gelarkan sebagai kemewahan pintar, di mana teknologi canggih, keselesaan dan inovasi digabungkan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang benar-benar istimewa,” katanya ketika majlis pelancaran yang berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Sim Tze Tzin.

Rekaan Mewah

TIGGO 9 baharu menampilkan gabungan rekaan yang elegan dan berkarisma menerusi bahasa reka bentuk yang moden serta premium. Bahagian hadapannya diserlahkan dengan jeriji tiga dimensi berbentuk berlian yang dipadankan bersama lampu utama LED serta lampu aliran dinamik yang menjadi identiti moden SUV ini.

Setiap perincian diberikan perhatian rapi, termasuk rim aloi 20 inci yang direka khas untuk menonjolkan imej mewah dan posisi pemanduan yang gagah. Rekaan pemegang pintu jenis flush turut memberikan penampilan yang lebih kemas dan aerodinamik.

Sentuhan premium seperti lampu puddle menambahkan elemen eksklusif, manakala bahagian belakang dilengkapi lampu kombinasi LED penuh dengan signatur rekaan berinspirasikan berlian. Keseluruhan elemen ini menghasilkan penampilan luaran yang premium, meyakinkan dan berprestij.

Ruang Dalaman Mewah

Dibangunkan dengan aspek fleksibiliti sebagai keutamaan, TIGGO 9 menawarkan keselesaan ruang yang luas untuk semua barisan tempat duduk, menjadikannya sesuai digunakan sama ada untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jauh.

Konfigurasi tempat duduk yang fleksibel membolehkan ruang kabin disesuaikan dengan mudah mengikut keperluan penumpang atau muatan.

Kapasiti ruang kargo pula boleh dibesarkan daripada 143 liter sehingga 2,065 liter bergantung kepada susunan tempat duduk yang digunakan, sekali gus menyediakan ruang mencukupi untuk keperluan harian mahupun bagasi perjalanan.

Keselesaan Bertaraf Premium

Di dalam kabin, TIGGO 9 menawarkan pengalaman premium yang direka untuk memberikan keselesaan maksimum kepada semua penumpang.

Kedua-dua tempat duduk hadapan dilengkapi fungsi urutan, manakala ciri pengudaraan untuk barisan pertama dan kedua membantu memberikan keselesaan tambahan, terutama dalam cuaca panas tropika Malaysia.

Bumbung panoramik pula meningkatkan rasa lapang dalam kabin dengan membenarkan cahaya semula jadi menerangi ruang dalaman.

Pengalaman hiburan dipertingkatkan menerusi sistem audio premium Sony 14 pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi berkualiti tinggi sepanjang perjalanan.

Penumpang belakang turut menikmati sistem kawalan suhu khusus, corong penyaman udara individu, cermin privasi serta bidai tingkap yang membantu menghasilkan suasana perjalanan yang lebih senyap dan selesa.

Teknologi Mewah

TIGGO 9 dilengkapi pelbagai teknologi terkini yang direka untuk meningkatkan tahap kesambungan serta kemudahan pemanduan.

Sistem pencahayaan kabin lengkap dengan ciri dinamik 64 warna membolehkan suasana kabin diubah mengikut citarasa pengguna, manakala skrin multimedia bersaiz 15.6 inci yang dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8155 menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Kemudahan moden seperti pengecas telefon tanpa wayar turut disediakan, selain sistem pemantauan pemandu yang meningkatkan tahap keselamatan dan kesedaran ketika memandu.

SUV ini juga dilengkapi sistem stereng kuasa elektrik, paparan head-up definisi tinggi (HD HUD) serta ruang perehat tangan yang mempunyai fungsi penyejukan terbina dalam untuk keselesaan tambahan.

Prestasi Mantap

TIGGO 9 dikuasakan enjin 2.0TGDI yang menghasilkan 256 PS dan 390 Nm tork, menawarkan prestasi mengujakan sama ada di kawasan bandar mahupun lebuh raya. Kuasa tersebut disalurkan menerusi transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan yang memberikan pertukaran gear lebih lancar dan responsif.

Pada masa sama TIGGO 9 masih mengekalkan penggunaan bahan api serendah 8.3 liter bagi setiap 100 kilometer. Sistem pacuan semua roda pintar (AWD) digabungkan bersama 7 mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport, Snow, Mud, Sand dan Off-Road bagi membolehkan SUV ini menyesuaikan dengan pelbagai keadaan permukaan jalan.

Keselamatan Bertaraf Tinggi

Aspek keselamatan menjadi antara fokus utama pembangunan TIGGO 9 dengan struktur cesi dibina menggunakan 85 peratus keluli berkekuatan tinggi, termasuk 21 peratus keluli hot-pressed yang meningkatkan ketegaran serta perlindungan terhadap impak.

SUV ini turut dilengkapi 10 beg udara bagi memastikan perlindungan menyeluruh kepada semua penumpang. Selain itu, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2.5 menawarkan 23 fungsi bantuan pemanduan pintar yang membantu meningkatkan tahap keselamatan dalam pelbagai situasi.

Antara ciri yang ditawarkan ialah Automatic Park Assist yang membolehkan kenderaan diparkir secara automatik dengan lebih mudah dan tepat walaupun di ruang yang sempit.

Warna dan Pakej

Chery TIGGO 9 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Matte Grey dan Carbon Black.

Bagi pakej pelancaran awal, varian Prime ditawarkan pada harga RM179,800 dengan pelbagai manfaat termasuk jaminan kenderaan selama tujuh tahun atau sehingga 150,000 km, jaminan enjin selama 10 tahun atau sehingga 1,000,000 km, servis percuma selama lima tahun, rebat tunai RM5,000, subsidi petrol bernilai RM3,000 serta insurans percuma selama setahun bernilai RM4,500.

Varian Flexi pula ditawarkan pada harga RM166,800 dengan jaminan kenderaan selama tujuh tahun atau sehingga 150,000 km, jaminan enjin selama 10 tahun atau sehingga 1,000,000 km serta servis percuma selama lima tahun.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Google ads
Back to top button