Artikel Pilihan

MERCEDES-AMG TERPAKSA TAMATKAN PENGELUARAN ENJIN V8 C63 TURBO BERKEMBAR

Mercedes dan juga melalui unit prestasi mereka AMG telah banyak menghasilkan enjin V8 yang sangat berkuasa digunakan untuk model istimewa keluaran Mercedes. Jika sebelum ini enjin V8 mereka menggunakan saiz 6200cc aspirasi normal, versi baru enjin ini berubah kepada 4000cc V8 tapi dilengkapi dengan turbo berkembar

Tapi menjelang tahun 2023 dimana lebih banyak peraturan pelepasan asap yang semakin ketat diperkenalkan enjin V8 4000cc turbo berkembar tersebut bakal ditamatkan perkhidmatannya. Untuk rekod enjin M156 6200cc V8 aspirasi normal yang lama menghasilkan sekitar 622 kuasa kuda dan 650Nm tork

Manakala enjin M178 V8 4000cc turbo berkembar ini menjana sekitar 510 kuasa kuda dan 650Nm tork. Berdasarkan khabar angin, enjin V8 ini akan digantikan dengan enjin 4 silinder sebaris 2000cc M139 dengan turbo sama seperti yang digunakan pada AMG CLA45 dan juga GLA45

Bagi menjana lebih banyak kuasa, enjin baru C63 ini akan digabungkan dengan sistem turbo elektrik 400 Volt sama seperti teknik yang digunakan oleh pasukan F1 AMG Mercedes. Satu motor akan dipasang pada syaf turbo berupaya memacu sistem turbo bagi menghapuskan masalah turbolag

AMG berani mengatakan sistem ini menghasilkan tork dalam keadaan enjin melahu. Gabungan sistem hibrid dengan motor elektrik pada roda belakang boleh menghasilkan 200 kuasa kuda tambahan dalam masa 10 saat dalam mode overboost. Melalui teknik ini, 442 kuasa kuda boleh dicapai dengan mudah cuma anda tidak lagi mendengar deruman V8

Sistem ini juga akan mengecaj bateri sistem menerusi motor elektrik pada roda belakang. Lebih canggih lagi motor elektrik ini dipasang dengan sistem kotak gear tersendiri 2 kelajuan yang boleh memecut sehingga 140km/jam. Tork yang dijana oleh motor elektrik ini akan dihantar kepada driveshaft

Google ads
Back to top button