Buletin

MERCEDES-BENZ CLK63 AMG & CLK DTM RARE INI HENDAK DIJUAL!

Di media sosial sekali sekala kita dihidangkan dengan gambar-gambar atau berita tentang kereta ‘rare’ yang hendak dijual. Apabila kereta tersebut merupakan salah satu idaman, boleh jadi fikiran pun melayang-layang indahnya hidup apabila ia dimiliki.

Ini ada dua buah kereta yang bukan sahaja rare tetapi unik. Mercedes-Benz CLK63 AMG Black tahun 2008 dan Mercedes-Benz CLK DTM tahun 2005.

Kedua-dua buah kereta ini bakal memasuki proses bidaan oleh Silverstone Auctions di litar Silverstone pada 19 Mei depan.

Kedua-dua Mercedes-Benz ini sebenarnya adalah kereta trek ‘halal’ dan dikeluarkan dalam unit terhad.

Mercedes-Benz CLK63 AMG ini adalah satu dari 25 edisi pemanduan kanan di dunia. Unit yang hendak dibida ini juga salah satu dari siri terakhir sebelum pengeluarannya ditamatkan pada tahun 2008. Kereta ini hanya mempunyai satu pemilik dan didaftarkan pada 6 Jun 2008.

Bila bercakap tentang AMG, sesaran enjinnya mestilah besar dan CLK ini digerakkan oleh enjin 6.2 liter V8 berkuasa 507bhp. Enjin yang besar dan berkuasa itu dipadankan pula dengan beberapa kelengkapan gentian karbon seperti spoiler belakang dan corong udara mejadikan ia sebuah kereta yang laju dan ringan.

Kereta ini juga hanya dipandu sekitar 6400 km sejak dimiliki pada tahun 2008. Anggaran bidaan CLK ini ialah di antara GBP 110,000 (RM 607,800) hingga GBP 125,000 (RM 690,682).

Sebuah lagi yang hendak dibida ialah Mercedes-Benz CLK DTM yang merupakan salah satu dari 40 edisi pemanduan kanan. Secara keseluruhan terdapat 100 buah CLK DTM yang dikeluarkan sempena perlumbaan Deutsche Tourenwagen Masters.

Model ini pada asalnya bukan untuk dimiliki oleh semua orang apabila Mercedes hanya menghadkannya kepada pelanggan berprofail tinggi sahaja.

Model ini dilengkapi pelbagai kelengkapan luma seperti arka roda lebar, ruang kemasukan udara lebih besar dan spoiler belakang. CLK DTM digerakkan oleh enjin 5.4 liter V8 supercaj berkuasa 582bhp.

Sepanjang 13 tahun pemilikan, kereta ini hanya bertuankan dua individu dengan jarak perbatuan 12,198 km sahaja. Harga bidaan unit ini dianggarkan bermula dari GBP 180,000 (RM 994,587) hingga GBP 220,000 (RM 1,215,606).

Selain unit yang rare, CLK ini didatangkan dengan nombor pendaftaran istimewa DT55 AMG.

BACA: 20 TAHUN BERKHIDMAT. MERCEDES AMG GT-R, SAFETY CAR F1 PALING BERKUASA DALAM SEJARAH

BACA: MERCEDES-BENZ 500E – SEDAN TERHEBAT DEKAD 90-AN HASIL GABUNGAN DUA NAMA BESAR DARI JERMAN

Google ads
Back to top button