AMANDA ZHANG KINI BERGELAR CEO, PRESIDEN BAHARU MERCEDES-BENZ MALAYSIA
MERCEDES-Benz Malaysia mengumumkan perlantikan Amanda Zhang sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mercedes-Benz Cars Malaysia dan Ketua Serantau Mercedes-Benz Cars SEA II berkuat kuasa 1 Ogos 2023.
Perlantikan tersebut bagi menggantikan tempat Sagree Sardien yang akan memegang jawatan Ketua Serantau Luar Negara, Mercedes-Benz Cars di Stuttgart, Jerman.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Sardien memainkan peranan penting dalam mengemudi visi global jenama itu untuk memajukan agenda mobiliti elektrik di Malaysia.
“Saya benar-benar berbesar hati untuk mengambil peranan baharu ini di Malaysia meneruskan usaha mencapai kecemerlangan untuk pasaran yang dinamik dan rancak ini.
“Saya yakin bahawa inovasi, mengutamakan pelanggan dan pertumbuhan yang mampan adalah asas kepada kejayaan,” kata Amanda Zhang.
Amanda Zhang memulakan perjalanan karier menerusi Daimler’s International Management Associate Programme sejak lebih 20 tahun lalu selain pernah memegang jawatan sebagai CEO Mercedes-Benz Romania.
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR DUA MODEL BAHARU – EQS 53 4MATIC+ DAN EQE 53 4MATIC+, HARGA BERMULA RM649K
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA TANDATANGANI MOU DENGAN MONTFORT BOYS TOWN UNTUK PROGRAM ADVANCED MODERN APPRENTICESHIP
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA UMUM HARGA EQS 450+, EQB DAN EQC. BERMULA RM330K
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR SEDAN C-CLASS VERSI CKD, DARI RM288K