
MERCEDES-BENZ MALAYSIA CAPAI PRODUKSI KE 100,000 UNIT – PERKUKUH KEDUDUKAN DALAM SEGMEN KERETA MEWAH
Mercedes-Benz Malaysia meraikan sejarah baharu apabila telah mencapai produksi ke 100,000 unit kereta penumpang menerusi kilang pemasangannya di Pekan, Pahang.
Pencapaian luar biasa ini menggambarkan komitmen dan dedikasi Mercedes-Benz Malaysia terhadap kecemerlangan pembuatan serta inovasi dalam industri automotif mewah.
Menurutnya, Mercedes-Benz Malaysia komited untuk meningkatkan ekonomi tempatan dengan pelaburan berterusan lebih RM500 juta bagi kilang pemasangannya di Pekan.

Pelaburan tersebut dapat mengukuhkan lagi kualiti pengeluaran kenderaan dan memupuk pertumbuhan jenama automotif paling diingini dalam dunia.
Selain itu, satu lagi pencapaian penting yang dicapai pada awal tahun ini ialah pemasangan EQS 500 4MATIC secara tempatan.
“Mercedes-Benz merupakan pengeluar kenderaan mewah pertama yang mewujudkan kilang pemasangan tempatan di Malaysia.
“Sejak dibangunkan pada tahun 2004, Kilang Pemasangan Mercedes-Benz di Pekan turut memainkan peranan dalam membentuk landskap automotif di negara ini,” kata Presiden dan CEO MBM, Amanda Zhang.
“Tahun ini, tercatat satu lagi sejarah dalam perjalanan kami di sini, membuktikan komitmen kami bagi memperkukuhkan kedudukan kami dalam segmen kereta mewah.”
- BACA: AMANDA ZHANG KINI BERGELAR CEO, PRESIDEN BAHARU MERCEDES-BENZ MALAYSIA
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR DUA MODEL BAHARU – EQS 53 4MATIC+ DAN EQE 53 4MATIC+, HARGA BERMULA RM649K
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA TANDATANGANI MOU DENGAN MONTFORT BOYS TOWN UNTUK PROGRAM ADVANCED MODERN APPRENTICESHIP
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA UMUM HARGA EQS 450+, EQB DAN EQC. BERMULA RM330K





