Buletin

M. THINAAH PILIH CHERY OMODA 5 – GANJARAN KEJAYAAN DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Bintang badminton Olimpik, Thinaah Muralitharan, yang beraksi cemerlang di Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini telah menerima sebuah Chery OMODA 5.

Ini adalah tanda penghargaan kepada prestasi cemerlang mereka yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Chery Malaysia turut menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk mana-mana model Chery iaitu Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 kepada semua pemegang pingat dan atlet yang berjaya melayakkan diri hingga ke pusingan separuh akhir.

Selain itu, Chery juga memberikan diskaun sebanyak 15 peratus untuk atlet yang turut berjuang di dalam Olimpik Paris 2024.

Pada penampilan pertama Sukan Olimpik, M. Thinaah dan pasangan regunya, Pearly Tan berjaya melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Pearly Tan-M Thinaah juga mencipta sejarah selaku beregu wanita pertama negara untuk mara ke separuh akhir di pentas Sukan Olimpik selepas menyingkirkan pemenang pingat gangsa edisi lepas Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan.

Thinaah Muralitharan kini menyertai barisan pemain badminton negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, dan Lee Zii Jia, yang menerima SUV baharu Chery selepas kepulangan mereka dari Sukan Olimpik Paris.

Aaron dan Wooi Yik, pasangan beregu lelaki, serta bintang perseorangan, Lee Zii Jia, masing-masing menerima sebuah Tiggo 7 Pro sebagai ganjaran atas kejayaan memenangi pingat gangsa.

Pemberian kereta ini adalah sebahagian daripada janji Chery Malaysia untuk memberikan kenderaan percuma kepada atlet yang berjaya meraih pingat di Olimpik.

Dengan dua varian yang ditawarkan di pasaran Malaysia, iaitu varian C dan H, OMODA 5 membawa dimensi yang menonjol dengan panjang 4,400mm, lebar 1,830mm, tinggi 1,585mm, dan jarak roda 2,630mm.

SUV ini direka berasaskan teknologi termaju dengan bahasa reka bentuk baharu ‘Art in Motion’ yang memberikan rupa dinamik dan moden.

Dari segi reka bentuk, bahagian hadapan OMODA 5 menampilkan gril matriks berlian yang elegan serta lampu hadapan LED berbentuk T, sementara lampu belakang LED melengkapkan gaya belakang yang bergaya. Bahagian sisi diserlahkan dengan rim 18 inci, menambah penampilan sporty SUV ini.

OMODA 5 dilengkapi dengan instrumen digital dan skrin sentuh tengah berukuran 10.25 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay secara tanpa wayar.

Sistem bunyi premium dari Sony, serta butang kawalan untuk brek parkir elektronik, mod pemanduan, dan around-view monitor, memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pemandu.

Dari aspek keselamatan, SUV ini dilengkapi dengan enam beg udara, kawalan pelayaran adaptif, bantuan lorong, pemantauan titik buta, dan brek kecemasan autonomi—semua ciri yang penting untuk perjalanan lebih selamat.

Chery OMODA 5 dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 1.5 liter yang menghasilkan 156hp dan tork 230Nm, dipadankan dengan transmisi CVT 9-kelajuan yang memastikan pemanduan lancar dan responsif.

Google ads
Back to top button